Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pemimpin GCC gesa konflik Gaza dihentikan
  • GLOBAL

Pemimpin GCC gesa konflik Gaza dihentikan

Utusan Sarawak 21 hours ago
PENDUDUK Palestin memeriksa tapak serangan Israel di Jabalia, di Semenanjung Gaza, semalam. Foto AFP

ANKARA: Pemimpin Majlis Kerjasama Teluk (GCC) menggesa agar serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dihentikan selain menyatakan sokongan kepada Syria semasa sidang kemuncak bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di ibu negara Arab Saudi, Riyadh pada semalam, lapor Anadolu Ajansi.

Sidang Kemuncak GCC-AS itu diadakan semasa lawatan serantau Trump ketika ini, yang merupakan lawatan pertamanya ke luar negara sejak memegang jawatan pada Januari lepas.

Dalam ucapannya pada sidang berkenaan, Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menyifatkan hubungan dengan Washington sebagai strategik.

“Kami bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk meredakan situasi di Gaza, menamatkan konflik dan mencari penyelesaian menyeluruh kepada isu Palestin,” titah baginda.

Tentera Israel terus melancarkan serangan kejam di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023, yang telah meragut lebih 52,900 nyawa rakyat Palestin, kebanyakan wanita dan kanak-kanak.

“Kami menegaskan penghormatan kami terhadap kedaulatan Syria dan menyokong usaha kerajaan untuk mencapai keselamatan. Kami memuji keputusan Trump untuk menarik balik sekatan terhadap Syria yang akan meringankan penderitaan rakyat negara itu,” titah baginda lagi.

Amir Kuwait Sheikh Meshal Al-Ahmad Al-Sabah pula menyeru usaha masyarakat antarabangsa dipertingkat bagi memastikan keselamatan dan kestabilan Syria, memelihara kedaulatan dan integriti wilayahnya, menamatkan penderitaan rakyat, serta menghentikan campur tangan asing dalam hal ehwal negara itu.

Baginda turut memuji pengumuman Trump mengenai pemansuhan sekatan terhadap Syria.

Pada Selasa, Trump dalam ucapannya di Forum Pelaburan Arab Saudi-AS 2025 di Riyadh berkata beliau akan mengarahkan pemansuhan sekatan zalim dan melumpuhkan terhadap Syria bagi memberi peluang kepada Syria meraih kegemilangan.

Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa turut memuji usaha diplomatik berkesan Trump dalam mencapai keamanan dan kestabilan di Timur Tengah serta dunia amnya.

“Kami menghargai keputusan Trump menarik balik sekatan ekonomi ke atas Syria dan berharap dapat memperluaskan kerjasama untuk mewujudkan rantau yang selamat, stabil dan makmur melibatkan semua negara,” titah baginda.

“Dasar yang bijak ini merupakan peluang unik untuk bergerak bersama ke arah keamanan yang adil dan berkekalan yang menjamin hak rakyat Palestin menerusi penyelesaian dua negara, memelihara keselamatan dan kestabilan serantau,” ujarnya.

Timbalan Perdana Menteri Oman Asa’ad bin Tarik Al-Said pula menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap situasi kemanusiaan di Gaza akibat pendudukan Israel selama beberapa dekad ke atas wilayah Palestin.

“Ketidakadilan yang berterusan ini di samping kegagalan masyarakat antarabangsa untuk mencapai keamanan yang adil adalah punca utama pelbagai cabaran di rantau ini,” katanya pada sidang kemuncak berkenaan.

Selepas sidang kemuncak itu, Trump dijadual meneruskan lawatan ke Doha, Qatar dan ke Abu Dhabi, UAE.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Trump puji pertemuan pertama dengan Presiden Syria
Next: Presiden Syria puji tindakan Trump tarik balik sekatan ke atas Syria

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.