Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemimpi masyarakat sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan
  • Utara
  • WILAYAH

Pemimpi masyarakat sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Gerawat Gala bergambar kenangan bersama pemimpin masyarakat di Usay Kampung Long Julan Asal Baram.

BARAM: Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, pelantikan sebagai Penghulu dan Ketua Kaum bukan sekadar pengiktirafan tetapi merupakan satu tanggungjawab yang besar.

Katanya, pemimpin masyarakat  memainkan peranan penting sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan.

Menurut beliau, mereka bukan sahaja menjaga keharmonian masyarakat malah membantu menyampaikan dasar-dasar serta pembangunan kerajaan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

“Saya yakin dengan pengelaman, komitmen serta semangat kepimpinan yang ada kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) mereka mampu menjalankan tugas dengan baik demi kejahteraan dan kemajuan masyarakat bertempat di Usay  Kampung Long Julan Asal Baram,” katanya  berucap di Majlis Kesyukuran Pelantikan Penghulu dan Ketua Kaum serta Majlis ‘Alem Bio Kaum Lepo Abung Long Julan” baru-baru ini.

Tegasnya kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak sentiasa komited bagi memastikan pembangunan yang inklusif dan seimbang termasuk di kawasan pealaman.

Justeru, kerjasama erat antara pemimpin masyarakat, wakil rakyat dan penduduk  amat penting bagi memastikan segala usaha pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Gerawat berharap  agar penduduk di Long Julan dan kawasan sekitar akan terus memberi sokongan dan kerjasama kepada pemimpin masyarakat yang telah dilantik supaya kita dapat bersama-sama membawa kemajuan yang lebih baik kepada kampung dan generasi akan datang,” tambah Gerawat.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Penghulu Agustine Supen Taja dan KK Jacob Tugang Taja atas pelantikan ini dan berharap mereka dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi dan men jadi pemimpin yang membawa kebaikan kepada masyarakat.

Hadir bersama pada majlis tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Telang Usan, Dato Dennis Ngau dan Residen Bahagian Miri, Galong Luang.

Oleh Jiku Jiguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM100,000 bantu tingkat keselamatan sekolah
Next: Pemeriksaan trafik lancar di bawah Op Selamat 26 di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.