Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pemilikan kenderaan Aurus Senat oleh Agong lambang persahabatan kukuh Malaysia – Rusia
  • NASIONAL

Pemilikan kenderaan Aurus Senat oleh Agong lambang persahabatan kukuh Malaysia – Rusia

Utusan Sarawak 8 hours ago
PEMILIKAN kenderaan Aurus Senat oleh Agong lambang persahabatan kukuh Malaysia – Rusia. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR: Pemilikan limosin Aurus Senat oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim disifatkan sebagai satu penghormatan istimewa yang melambangkan hubungan erat serta persahabatan kukuh antara Malaysia dengan Rusia.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Aurus ialah jenama kenderaan rasmi kepimpinan tertinggi negara itu dan sering digunakan oleh Presiden Rusia Vladimir V Putin dalam acara rasmi negara serta majlis diplomatik penting.

Model berkenaan juga jarang dimiliki di luar persekutuan itu dan tidak dieksport secara meluas ke pasaran antarabangsa.

“Aurus terkenal dengan gabungan teknologi moden serta ciri keselamatan bertaraf tinggi,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke Muzium Garaj Khas yang menempatkan himpunan lebih 50 kereta dan motosikal di Moscow pada Ahad.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim ke Muzium Garaj Khas disambut oleh Timbalan Menteri Pertama Industri dan Perdagangan Persekutuan Rusia Kirill Alekseevich Lysogorsky, Pengarah Muzium Belikov AV, dan Ketua Pegawai Eksekutif NAMI Nazarov FL.

Pada lawatan berkenaan, Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai koleksi yang dipamerkan di muzium itu.

Majlis serahan Limosin Aurus Senat milik Seri Paduka Baginda turut berlangsung di muzium berkenaan.

Sultan Ibrahim berangkat ke Moscow pada Rabu lepas atas undangan khas kerajaan Rusia sebagai tetamu kehormat bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Empat dekad perangi rasuah, Azam Baki tegaskan kepimpinan perlu berani buat keputusan sukar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.