Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemilik tanah NCR akan dimaklumkan
  • TEMPATAN

Pemilik tanah NCR akan dimaklumkan

Utusan Sarawak 5 years ago
KAGUM… Datuk Amar Douglas Uggah mengamati artifak lama yang dipamerkan di rumah panjang semasa majlis AgriCOP.

BETONG: Semua pemilik Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum tinjauan perimeter Seksyen 6 dilakukan di tanah mereka.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, kesepakatan dari semua pihak harus dicapai bagi melancarkan urusan kerajaan dalam membuat tinjauan.

“Kerajaan tidak akan masuk (membuat tinjauan) sekiranya tidak diberikan kebenaran, dan juga tidak akan memaksa keputusannya kepada rakyat.

Menurutnya, rakyat boleh membuat rundingan bersama wakil rakyat tempatan bagi mendapatkan nasihat mengenai perkara itu.

Tambahnya lagi, Seksyen 6 adalah fasa yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum Seksyen 18 yang mana hak milik tanah individu akan dikeluarkan

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jangkauan Komuniti Pertanian (AgriCOP) di Jabatan Pertanian di Rh Nelson James, Nanga Buai di sini, semalam.

Uggah yang merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah turut berkata AgriCOP berusaha mempromosikan pelbagai program pertanian yang tersedia untuk masyarakat.

Beliau menambah kerajaan negeri sedia membantu petani menjana lebih banyak pendapatan dengan mengembangkan ke arah pertanian moden.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pemberian sebanyak RM200,000 bagi membeli unit pertanian fertigasi untuk rumah panjang 22 pintu itu selain geran RM10,000 untuk dana jawatankuasa keselamatan dan pembangunan kampungnya.

Di samping itu, beliau turut mengumumkan pembukaan jambatan konkrit berharga kira-kira RM400,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu yang turut berucap pada majlis tersebut turut menyatakan cadangan pembentukan muzium komuniti di Betong.

“Muzium ini akan menempatkan barang budaya tradisional masyarakat Iban tempatan termasuk koleksi tenunan sebagai pendedahan kepada generasi muda untuk mengekalkan tradisi mereka,” katanya.

Turut hadir adalah Setiusaha Politik Ketua Menteri Dr. Richard Rapu, Residen Bahagian Betong Friday Belik dan Pegawai Pertanian Bahagian Petrus Kang.

Oleh Akmal Adib Yusup

Continue Reading

Previous: Covid-19: Penduduk perlu waspada, patuhi SOP
Next: Kerajaan komited bawa pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.