Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pemilik ladang terpaksa bunuh 125 buaya Siam, bimbang terlepas akibat banjir
  • GLOBAL

Pemilik ladang terpaksa bunuh 125 buaya Siam, bimbang terlepas akibat banjir

Utusan Sarawak 8 months ago

Buaya mati dipindahkan dengan peralatan pembinaan berat di ladang buaya di wilayah Lamphun, utara Thailand. - Foto Facebook

BANGKOK: Pemilik ladang buaya di utara Thailand terpaksa membunuh 125 ekor buaya dipeliharaanya kerana dibimbangi terlepas dan membahayakan keselamatan penduduk susulan banjir yang kini sedang melanda wilayah itu.

Hujan lebat susulan musim monsun mengakibatkan berlaku banjir serta tanah runtuh dan setakat ini bencana itu sudah meragut lebih 20 nyawa.

Pemilik ladang, Natthapak Khumkad, berkata hujan lebat berterusan di wilayah utara Lamphun turut merosakkan kandang di ladang buaya miliknya.

Ini sekaligus meningkatkan risiko buaya Siam sepanjang tiga meter diperliharanya terlepas dan berkeliaran di kawasan kampung seterusnya memburu penduduk dan ternakan.

“Hujan menyebabkan hakisan dinding ladang, jadi dengan rasa berat hati kami terpaksa membunuh kesemua 125 buaya. Kami telah memelihara semua buaya itu selama 17 tahun,” katanya kepada AFP.

Natthapak berkata, beliau dan pekerjanya menggunakan renjatan elektrik untuk membunuh reptilia terbabit. 

Gambar di akaun Facebook peribadinya menunjukkan jengkaut digunakan untuk mengeluarkan tiga ekor buaya bersaiz besar.

Buaya Siam adalah reptilia pemangsa yang spesiesnya kian terancam di alam liar namun banyak dibiakkan di ladang-ladang di seluruh Thailand untuk kulitnya.

Sementara itu, doktor haiwan dari Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan Thailand, Patarapol Maneeorn, berkata buaya berkenaan sepatutnya boleh dipindahkan ke kawasan lain yang tidak terjejas oleh banjir.

Bagaimanapun, katanya beliau memahami tindakan yang terpaksa diambil pemilik ladang terbabit.

Namun, Natthapak memaklumkan beliau sebelum ini ada menghubungi kerajaan untuk mencari tempat perlindungan sementara untuk buaya-buaya itu, tetapi ditolak kerana saiz buaya yang besar.

“Ini mungkin menjadi pengajaran tentang cara menangani haiwan berbahaya semasa bencana alam,” kata Patarapol. – AFP

Continue Reading

Previous: Pesawat United Airlines elak perlanggaran di udara, dua penumpang cedera
Next: Kalung abad ke-18 diperbuat daripada 500 berlian bakal dilelong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.