Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pemilik Apple Daily antara tiga aktivis disabit bersalah
  • GLOBAL

Pemilik Apple Daily antara tiga aktivis disabit bersalah

Utusan Sarawak 3 years ago

(FILES) This file photo taken on February 1, 2021 shows Hong Kong media tycoon Jimmy Lai (R) being escorted into a Hong Kong Correctional Services van outside the Court of Final Appeal after being ordered to remain in jail while judges consider his fresh bail application. - Lai was among three democracy campaigners convicted on December 9, 2021 for taking part in a banned Tiananmen vigil as the prosecution of multiple activists came to a conclusion. (Photo by AFP)

GAMBAR bertarikh 1 Februari lalu menunjukkan mogul media Hong Kong,Jimmy Lai diiringi ke dalam van di luar Mahkamah Rayuan Akhir selepas diarah kekal dipenjara di Hong Kong. • Foto AFP

HONG KONG: Mogul media Hong Kong, Jimmy Lai yang dipenjarakan adalah antara tiga pejuang demokrasi yang disabitkan semalam kerana mengambil bahagian dalam ‘Perhimpunan Tiananmen’ yang dilarang ketika pendakwaan terhadap beberapa aktivis mencapai kesimpulan.

Lai, pemilik akhbar Apple Daily yang pro-demokrasi dan kini ditutup berusia 74 tahun, didapati bersalah atas tuduhan perhimpunan yang menyalahi undang-undang bersama bekas wartawan, Gwyneth Ho dan peguam hak terkemuka, Chow Hang-tung.

Pihak berkuasa telah mendakwa lebih daripada 24 orang ahli politik dan aktivis pro-demokrasi kerana menyertai protes tahun lalu, yang memperingati mangsa tindakan keras maut di Tiananmen di Beijing pada 1989 walaupun terdapat larangan polis yang dikeluarkan.

Ketiga-tiga mereka adalah satu-satunya yang dibicara di mahkamah sekali gus yang terakhir menerima keputusan mereka.

Ketiga-ketiga tertuduh memberitahu mereka pergi menyalakan lilin atas kapasiti peribadi dan tidak menghasut orang lain untuk menyertai perhimpunan haram.

Pada satu ketika, Chow, seorang peguam terlatih yang mewakili dirinya di mahkamah, menyamakan tindakannya sebagai ‘lelaki kereta kebal’ mengimbau seni arca popular yang terkenal berdiri di hadapan kereta kebal China semasa tindakan keras Tiananmen dan menjadi ikon.

Tetapi, Hakim Mahkamah Daerah, Amanda Woodcock menolak hujah itu sebagai ‘terus terang mengarut’ dan mensabitkan mereka atas tuduhan termasuk menghasut dan mengambil bahagian dalam perhimpunan tanpa kebenaran.

“Realitinya, sebarang niat untuk keluar dan mengambil bahagian dalam acara nyalakan lilin di Victoria Park malam itu adalah satu tindakan menentang dan membantah polis,” kata Woodcock.

Amnesty International menyifatkan keputusan itu sebagai serangan terbaharu terhadap hak kebebasan bersuara dan berhimpun di Hong Kong dan berkata, pihak berkuasa telah menjenayahkan “perhimpunan secara aman dan menjauhkan diri secara sosial”. -AFP

Continue Reading

Previous: 13 maut dalam nahas helikopter
Next: Penduduk Austria protes mandatori vaksin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.