Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemilik anjing disaran lebih proaktif lindungi kesihatan awam – Vincent Lau
  • TEMPATAN

Pemilik anjing disaran lebih proaktif lindungi kesihatan awam – Vincent Lau

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Temenggong Vincent Lau.

SIBU: Para pemilik anjing disaran agar lebih proaktif dalam memainkan peranan menjaga kesihatan awam dengan memastikan haiwan peliharaan mereka divaksin, dilesenkan dan dijaga dengan rapi.

Presiden Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina (PKKMC) Bahagian Sibu, Dato Temenggong Vincent Lau, berkata langkah pemvaksinan bukan sahaja melindungi haiwan itu sendiri, malah turut memberikan perlindungan kepada keluarga dan komuniti sekeliling daripada ancaman penyakit berjangkit seperti rabies.
“Anjing yang divaksin bukan sahaja haiwan peliharaan yang terlindung, malah menjadi perisai kepada keluarga dan jiran kita,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Vaksinasi Rabies di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tong Ah, Selangau, semalam.

Program berkenaan dianjurkan oleh PKKMC Bahagian Sibu dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sibu dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang.

Mengulas lanjut, Lau berkata kejayaan kempen vaksinasi ini turut disumbang oleh komitmen pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pemimpin komuniti dan para sukarelawan.

“Kami menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar atas khidmat mereka yang berdedikasi, serta kepada semua pemimpin tempatan dan sukarelawan atas usaha gigih mereka menjayakan sesi ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Gira atas sumbangan dan sokongan beliau sempena ulang tahun ke-20 penubuhan PKKMC Bahagian Sibu yang disambut pada Jun lalu.

“Galakan dan sokongan anda amat bermakna kepada kami dan kepada masyarakat,” jelasnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lawatan Tun Wan Junaidi dan keluarga ke Pusat Biodiversiti Sarawak
Next: Komuniti Long Lama didedah isu sungai, buaya, sisa pepejal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.