Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pemerkasaan budaya Iban diperkukuh melalui penerbitan buku, kerjasama strategik
  • PENDIDIKAN

Pemerkasaan budaya Iban diperkukuh melalui penerbitan buku, kerjasama strategik

Utusan Sarawak 20 hours ago
PENGERUSI Jawatankuasa Amal dan Kesihatan Komuniti Sri Aman, Gerald Empaling Donald menyampaikan cenderahati berupa beberapa naskah buku kepada Datuk Jefferson Jamit Unyat, dekat sini semalam. Foto Jawatankuasa Amal dan Kesihatan Komuniti Sri Aman

PETRA JAYA: Usaha memperkasa warisan budaya dan bahasa Iban terus dipergiat apabila pelbagai pihak tampil bekerjasama dalam memartabatkan khazanah tersebut melalui penerbitan buku serta bahan pendidikan.

Pengerusi Jawatankuasa Amal dan Kesihatan Komuniti Sri Aman, Gerald Empaling Donald berkata, inisiatif itu dizahirkan menerusi kunjungan hormat beliau bersama Anggota Pengurusan Dayak Iban World ke pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat, di sini semalam.

Menurut beliau, kunjungan tersebut membuka ruang perbincangan yang konstruktif berhubung usaha mengangkat keunikan adat resam, bahasa dan budaya Iban ke peringkat lebih tinggi khususnya dalam dunia penulisan dan penerbitan.

“Dalam pertemuan itu, kami bertukar pandangan mengenai kepentingan dokumentasi budaya melalui penerbitan buku sebagai medium memelihara identiti masyarakat Iban,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut menyerahkan beberapa naskhah buku kepada Jefferson sebagai bahan rujukan, antaranya ‘Tusun Pengap Gawai Kenyalang’, ‘Leka Main Iban’ dan ‘Pengarap Asal Iban’.

Jefferson dalam pertemuan itu menzahirkan penghargaan terhadap usaha berkenaan dan mengakui bahawa penerbitan bahan ilmiah serta sastera Iban amat penting dalam memperkukuh identiti masyarakat, meningkatkan tahap literasi serta memastikan kesinambungan bahasa antara generasi.

Beliau turut menekankan kepentingan penerbitan bahan pendidikan yang lebih meluas termasuk untuk kegunaan sekolah, perpustakaan negeri, sumber pembelajaran digital serta pengumpulan cerita tradisional dan sejarah lisan.

Dalam masa sama, Jefferson yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram berkongsi perkembangan terkini berkaitan Mahkamah Bumiputera Sarawak serta langkah-langkah penambahbaikan yang sedang dilaksanakan bagi memastikan sistem tersebut kekal relevan, efisien dan selari dengan arus pemodenan tanpa mengabaikan adat resam tempatan.

Menurut Gerald, perbincangan turut menyentuh kepentingan kerjasama erat antara penulis, pendidik dan institusi kebudayaan dalam memastikan karya yang dihasilkan benar-benar memenuhi keperluan masyarakat serta menjadi warisan berharga untuk generasi akan datang.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sri Aman (DUBS) berharap pertemuan seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan bagi mencetuskan lebih banyak idea bernas demi pembangunan budaya dan pendidikan masyarakat di negeri ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kejuruteraan Petroleum UTP tersenarai 10 terbaik dunia dalam QS World University Rankings mengikut Subjek 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.