Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pemeriksaan mata sebelum masuk sekolah rendah wajar dilaksanakan – Dr Zaliha
  • PENDIDIKAN

Pemeriksaan mata sebelum masuk sekolah rendah wajar dilaksanakan – Dr Zaliha

Utusan Sarawak 14 hours ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (kanan) bersama murid, Muhammad Harith Mohd Syimir, 8, membuat pemeriksaan mata di Klinik Optometri Bergerak Malaysia Universiti Teknologi Mata (UiTM) selepas merasmikan Program Mata Hati Wilayah 2025 di SK Seri Bintang Utara, Cheras, hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemeriksaan mata bagi murid sebelum memasuki tahun satu wajar dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk menangani gangguan penglihatan sejak awal usia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata berdasarkan saringan penglihatan yang melibatkan 2,008 murid Tahap Satu di lima sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur tahun lepas, kira-kira lima peratus daripadanya dikesan mengalami masalah kesihatan mata.

“Daripada jumlah itu, 88 peratus mengalami rabun, empat peratus rabun warna dan lapan peratus mengalami masalah juling,” katanya ketika berucap merasmikan Program Mata Hati Wilayah 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Cheras, di sini hari ini. 

OLIVIA Zara Zain Azrai, 8, murid Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Cheras, menjalani pemeriksaan mata di Klinik Optometri Bergerak Malaysia Universiti Teknologi MARA (UiTM) sempena Program Mata Hati Wilayah 2025, hari ini. Foto BERNAMA

Beliau berkata gangguan penglihatan boleh mengakibatkan kelewatan dalam perkembangan motor, kognitif dan bahasa dalam kalangan kanak-kanak yang berpotensi memberikan kesan jangka panjang sehingga mereka dewasa.

Sehubungan dengan itu, Dr Zaliha berharap Kementerian Pendidikan akan mempertimbangkan cadangannya menjadikan pemeriksaan mata sebagai antara syarat wajib semasa pendaftaran murid ke tahun satu.

Mengenai Program Mata Hati Wilayah, beliau berkata lima sekolah rendah terlibat dalam fasa kedua kali ini, iaitu SK Seri Bintang Utara, SK Tun Hussein Onn, SK Jalan Bellamy, SK Seri Mega, dan SK Sungai Penchala.

Beliau berkata program itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial Jabatan Wilayah Persekutuan di bawah inisiatif Program Usaha Jaya Insan (PUJI).

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (tengah) bersama para pelajar selepas merasmikan Program Mata Hati Wilayah 2025 di SK Seri Bintang Utara, Cheras, hari ini. Foto BERNAMA

“Saya dimaklumkan 92 peratus daripada murid yang menerima bantuan cermin mata menerusi program ini menunjukkan peningkatan ketara dalam aspek komunikasi dan interaksi sosial sesama rakan,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Zaliha turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada SK Seri Bintang Utara sebagai tanda sokongan terhadap komitmen sekolah berkenaan dalam menjayakan program berimpak tinggi itu.

“Berdasarkan dapatan dan impak positif yang kita terima setakat ini, saya percaya kita berada di landasan yang betul dalam melahirkan generasi murid yang lebih yakin, sihat dan bersedia menghadapi cabaran masa depan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Reformasi KPM, SPP berjaya atasi isu kekurangan guru
Next: Sarawak salur RM1.7 Juta kepada SK Kai Ming, tingkatkan infrastruktur sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.