Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemergian wira negara diratapi
  • TEMPATAN

Pemergian wira negara diratapi

Utusan Sarawak 5 years ago
PRIHATIN… Datuk Alfred Jabu menyapa keluarga mendiang selepas memberi penghormatan terakhir.

KUCHING: Negara Malaysia khususnya Sarawak sangat berduka atas kehilangan seorang pahlawan negara yang sangat terhormat.

Mantan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata pemergian mendiang Datuk ini menandakan tiada lagi pahlawan Iban Tracker yang tinggal.

“Mendiang bersama askar Tanah Melayu yang lain ada orang pertama yang menyahut panggilan Angkatan Tentera Komenwel memerangi Komunis pada ketika itu.

“Meskipun mendiang pada ketika itu sangat muda, dengan kata keramat Agi Idup Agi Ngelaban serta semangat kepahlawanan dan keberaniannya membuatkan beliau tidak gentar untuk melawan musuh sehingga menang,” katanya.

Jabu turut menyifatkan keperibadian mendiang sebagai seorang yang sangat setia dan baik kepada rakan-rakannya.

“Saya pernah menghantar mendiang balik ke rumah panjangnya menggunakan helikopter selepas sebuah menghadiri majlis pada tahun 1989 yang lalu.

“Mendiang juga seorang tuai rumah yang sangat bertanggungjawab dan berdedikasi sepanjang perkhidmatannya.

Jabu turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak atas penghormatan terakhir mengikut mengikut upacara pengebumian negeri dan adat istiadat ketenteraan ini.

“Saya adalah salah seorang yang bertanggungjawab dalam penganugerahan darjat Datuk kepada mendiang beberapa tahun lepas.

“Ini adalah bukti kerajaan Sarawak menghargai dan menghormati semua pahlawan negara khususnya golonga pesara askar tanpa mengira bangsa dan agama.

” Kerajaan Sarawak tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka dan sentiasa memberikan pernghormatan kepada yang layak menerima,” tambahnya lagi.

Jabu yang tiba sekitar 2.40 petang semalam memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang serta menzahirkan rasa duka dan takziah kepada keluarga mendiang.

Oleh Akmal Adib Yusup

Continue Reading

Previous: CPPC bernilai RM5 juta bakal dibina
Next: Bandar Spaoh bakal berkembang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.