Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pemergian Rayan diratapi
  • GLOBAL

Pemergian Rayan diratapi

Utusan Sarawak 3 years ago

RABAT, Maghribi: Seorang budak lelaki Maghribi yang terperangkap di dalam sebuah perigi selama 100 jam telah meninggal dunia, lapor laman berita Al-Arabiya, semalam.

Kenyataan mengenai kematian Rayan Awram, 5, dikeluarkan oleh dua badan kerajaan tempatan sejurus kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan daripada perigi tersebut.

Menurut laporan media tempatan, Rayan sudah pun meninggal dunia ketika pasukan penyelamat berjaya menembusi perigi sedalam 32 meter itu.

Raja Maghribi, Raja Mohammed VI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya.

Anggota -anggota penyelamat terdahulu telah mengeluarkan mangsa yang dikenali sebagai Rayan Awram dan berumur lima tahun selepas pasukan perubatan memeriksa  keadaannya di dalam perigi sedalam 32 meter itu setelah  sampai ke lokasi dia terperangkap.

Kejayaan menyelamatkan Rayan diiringi laungan ‘Allahuakbar’ daripada penduduk tempatan yang setia menanti di sekitar kawasan kejadian.

Rayan terjatuh ke dalam perigi milik bapanya ketika bermain di kawasan rumahnya di wilayah Chefchaouen pada petang Selasa. – AFP

Continue Reading

Previous: Tujuh maut minum air bateri
Next: Lancar restoran makanan bajet

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.