Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pemergian James Ritchie kehilangan besar dunia kewartawanan – Abdullah Saidol
  • SEMASA

Pemergian James Ritchie kehilangan besar dunia kewartawanan – Abdullah Saidol

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TIMBALAN Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol. -Foto Bernama

KUCHING: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, menyifatkan pemergian wartawan veteran James Ritchie sebagai satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan tanah air.

Menurut beliau, mendiang merupakan seorang tokoh media yang unggul serta memiliki pengalaman luas sepanjang hampir lima dekad dalam bidang kewartawanan dan penulisan sejak 1971.

“Kita telah kehilangan individu ulung dalam kalangan warga media veteran yang amat cemerlang pengalaman dan perjalanan kerjaya beliau sebagai wartawan dan penulis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa penglibatan serta dedikasi mendiang dalam dunia kewartawanan telah menjadikan beliau saksi utama kepada pelbagai aspek sejarah pembangunan dan peristiwa penting negara, khususnya di Sarawak.

Walaupun pemergian mendiang merupakan satu kehilangan yang besar, Abdullah berkata legasi beliau tetap akan dikenang dan dihargai.

“Pemergian beliau tidak sia-sia kerana beliau telah meninggalkan legasi teladan budaya kerja profesional yang cemerlang serta banyak hasil penulisan artikel dan buku yang menjadi bahan rujukan penting dan masih relevan hingga ke hari ini,” ujarnya.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Fahmi ucap takziah kepada keluarga wartawan veteran James Ritchie
Next: Kemelut isu Petronas-kerajaan Sarawak, diselesai secara ‘menang-menang’ – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.