Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pemergian Bung Moktar satu kehilangan besar dunia politik negara – Karim
  • SEMASA

Pemergian Bung Moktar satu kehilangan besar dunia politik negara – Karim

Utusan Sarawak 4 hours ago
SIDANG MEDIA… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media Festival Tekstil Antarabangsa Borneo 2025 (BiTT 2025) di Bilik Mesyuarat Mulu, Tingkat 17, Bangunan Baitulmakmur II, hari ini.

PETRA JAYA: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, menyifatkan pemergian Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin sebagai satu kehilangan besar kepada negara dan arena politik tanah air.

Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berpegang teguh pada prinsip, bersifat nasional, komunikatif serta sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah dan Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas sidang media Festival Tekstil Antarabangsa Borneo 2025 (BiTT 2025) di Bilik Mesyuarat Mulu, Tingkat 17, Bangunan Baitulmakmur II, hari ini.

PEMERGIAN Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin sebagai satu kehilangan besar kepada negara dan arena politik tanah air.

“Beliau seorang pejuang yang konsisten, sama ada dalam konteks politik mahupun negeri Sabah. Saya melihat beliau sudah berada dalam dunia politik lebih 40 tahun, dan pemergiannya pasti dirasai kerana beliau mempunyai gaya dan keperibadian tersendiri,” katanya.

Menurut Abdul Karim, suasana Parlimen juga pastinya tidak akan sama tanpa kelibat Allahyarham yang terkenal dengan ketegasan, keberanian dan karakter yang ‘berwarna’ dalam perbahasan.

“Sesetengah orang mungkin tidak menyukainya, tetapi sebagai individu, beliau seorang yang sangat berwarna dan mempunyai keunikan tersendiri setiap kali berbahas di Parlimen atau ketika memimpin politik di Sabah,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan berharap mereka tabah menghadapi kehilangan tersebut.

“Saya secara peribadi mengucapkan takziah kepada keluarganya dan mendoakan mereka terus diberi kekuatan. Pemergian ini bukan sahaja dirasai oleh keluarga tetapi juga oleh rakyat Sabah yang pernah beliau wakili,” katanya.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Penyasaran subsidi tidak tambah hutang negara, jimat hingga RM4 bilion setahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.