Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Pementasan semula Rubiah, medium didik nilai budaya dan akhlak
  • HIBURAN

Pementasan semula Rubiah, medium didik nilai budaya dan akhlak

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANTARA babak lakonan yang terkandung dalam teater muzikal ‘Rubiah’ yang berlangsung selama tiga hari bermula malam tadi dipentaskan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Pementasan teater muzikal klasik ‘Rubiah’ bukan sahaja menjadi hiburan seni, malah berperanan sebagai medium penting dalam mendidik generasi muda tentang nilai budaya dan akhlak Melayu-Islam yang semakin terhakis dalam arus kemodenan. Teater muzikal tersebut dianjurkan Persatuan Teater Persona Mentera dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya dengan kerjasama Fakulti Teater, Filem dan Animasi Università Teknolog Mara (UiTM) dan MBSA. Foto BERNAMA

SHAH ALAM:   Pementasan teater muzikal klasik Rubiah bukan sahaja menjadi hiburan seni, malah berperanan sebagai medium penting dalam mendidik generasi muda tentang nilai budaya dan akhlak Melayu-Islam yang semakin terhakis dalam arus kemodenan.

Pengarahnya yang juga pensyarah di Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Aminah Abd Rhapor berkata pemilihan untuk mengangkat semula kisah legenda rakyat Selangor itu bertepatan dengan keperluan menguatkan kembali jati diri budaya dan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat masa kini.

“Rubiah mengandungi mesej penting tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan mengikut ajaran Islam, serta menekankan cinta yang mengangkat keagungan Tuhan, sesuatu yang relevan dalam konteks masyarakat hari ini. 

“Cerita ini bukan sahaja mengangkat kisah rakyat, malah berperanan memperkenalkan dan menanamkan kefahaman tentang budaya Melayu kepada generasi muda yang kebanyakannya kurang arif dan tidak begitu mengenali akar budaya mereka,” katanya ketika ditemui Bernama selepas pementasan teater muzikal tersebut malam tadi.

ANTARA babak lakonan yang terkandung dalam teater muzikal ‘Rubiah’ yang berlangsung selama tiga hari bermula malam tadi dipentaskan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Pementasan teater muzikal klasik ‘Rubiah’ bukan sahaja menjadi hiburan seni, malah berperanan sebagai medium penting dalam mendidik generasi muda tentang nilai budaya dan akhlak Melayu-Islam yang semakin terhakis dalam arus kemodenan. Teater muzikal tersebut dianjurkan Persatuan Teater Persona Mentera dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya dengan kerjasama Fakulti Teater, Filem dan Animasi Università Teknolog Mara (UiTM) dan MBSA. Foto BERNAMA

Teater muzikal selama tiga hari bermula malam tadi itu dipentaskan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, pada 8.30 malam oleh Persatuan Teater Persona Mentera dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya  dengan kerjasama Fakulti Teater, Filem dan Animasi (FiTA) UiTM dan MBSA. 

Selain penuntut UiTM, pelajar sekolah dan penari JKKN, pementasan itu turut menampilkan pelakon Didi Astillah yang membawa watak Rubiah serta Noorkhiriah sebagai Mak Alang. 

Karya itu pernah dipentaskan di Istana Budaya pada 2005 di bawah arahan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan dilakonkan Fauziah Latif serta beberapa pelakon lain. 

Naskhan ini mengisahkan Rubiah, seorang gadis yang dibesarkan dengan didikan agama, diuji dilema untuk memilih cinta lelaki yang menyukainya, namun Rubiah berusaha mencari cinta yang bukan sahaja membahagiakan di dunia, tetapi juga diredai Ilahi.

“Cinta dalam Rubiah adalah cinta yang mengangkat keagungan Tuhan, mengajar tentang akhlak, batas pergaulan dan kesucian yang semakin dilupakan hari ini.” kata pengarah tersebut. 

Aminah turut mengakui berdepan cabaran besar dalam mementaskan semula karya Rubiah yang pernah dipersembahkan sebanyak dua kali sebelum ini, namun bersyukur kerana pendekatan serta perspektif baharu diketengahkan kali ini menerima maklum balas positif daripada penonton.

“Pendekatan saya sedikit berbeza dan saya sendiri tidak pernah menonton versi terdahulu, jadi ini membolehkan saya membina interpretasi yang lebih segar tanpa terikat dengan bayangan pementasan lalu, 

“Kita tida ubah banyak, hanya  memberi adaptasi dari sudut pandangan kita sahaja… karya yang dah elok tidak bagus kita ubah banyak,” katanya. 

Selain itu, katanya, pementasan turut berdepan cabaran membimbing pelakon utama yang rata-ratanya pelajar muda berusia sekitar 19 tahun dan masih mentah dalam dunia persembahan.

“Pelajar-pelajar ini dibimbing secara intensif selama 14 minggu. Kami turut menggandingkan mereka dengan artis profesional dan penari JKKN agar mereka dapat menimba pengalaman secara langsung dan mutu persembahan dapat ditingkatkan,” katanya.

Aminah berpandangan pementasan Rubiah juga mencerminkan kepentingan mengangkat dan memelihara warisan cerita rakyat dalam era moden selain memperkukuh jati diri budaya Melayu serta menjadi jambatan penting untuk generasi muda memahami akar dan nilai-nilai yang membentuk identiti mereka.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pitt pandu kereta F1 sebenar ketika filemnya mula ditayangkan di pawagam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.