Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemenang MyHackathon Sarawak terima hadiah tambahan
  • TEMPATAN

Pemenang MyHackathon Sarawak terima hadiah tambahan

Utusan Sarawak 4 years ago
PENYAMPAIAN HADIAH TAMBAHAN… Abang Johari Tun Openg menyampaikan hadiah tambahan kepada wakil pemenang MyHackthon kategori Marathon, Chai Kok Chin. Turut kelihatan Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Gani (kiri). • Foto PENERANGAN

KUCHING: Pemenang MyHackathon Sarawak menerima hadiah tambahan berjumlah RM50,000 dan RM5,000 daripada Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC).

Penyampaian hadiah kepada pemenang untuk kategori Marathon dan Sprint tersebut disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada majlis ringkas di pejabatnya,Wisma Bapa Malaysia, semalam.

MyHackathon adalah pertandingan inovasi di seluruh negara,anjuran Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Nasional (Penjana) yang memfokuskan pada penyampaian perkhidmatan awam kepada masyarakat dengan teknologi dan digitalisasi.

Terdapat enam siri hackathon secara keseluruhan, dengan setiap hackathon tertumpu pada tema yang berbeza, terdiri daripada dua kategori iaitu Marathon dan Sprint dan dihoskan di enam bandar di seluruh Malaysia iaitu Kuala Lumpur,Johor Bahru, Kuala Terengganu,Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan Kuching yang berlangsung daripada Oktober hingga Disember 2020 dan dibuka kepada semua rakyat Malaysia.

Pada 7 Disember 2020, pasukan tempatan, Neuon Al Sdn Bhd yang diketuai oleh Chai Kok Chin menerima hadiah berjumlah RM250,000 setelah diumumkan sebagai salah satu pemenang dalam kategori Marathon dengan projeknya yang berjudul Road-Plus: Al Power Asset Management Infrastruktur yang memfokuskan kepada kecekapan penyelenggaraan jalan.

Pemenang bagi kategori Sprint,Mohammad Norhamizan Abu Bakar dan pasukannya menerima hadiah RM10,000 dengan projek mereka yang berjudul, Skoupidia iaitu platform untuk syarikat buangan yang menghasilkan laluan yang optimum berdasarkan jumlah isi rumah di kawasan mereka.

Turut hadir mewakili SDEC ialah Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Gani, Sudarnoto Osman, Malseni Jamal,Hazwan Razak, Mohd. Azizee Jemari, Khairool Adzelan Aman,Sharifah Athirah Wan Annuar dan pemenang MyHackathon kategori Marathon, Chai Kok Chin, Chang Yang Loong, Chai Koh Kiong, Ahmad Hazim Ahmad Fuad dan pemenang kategori Sprint,Mohammad Norhamizan Abu Bakar dan Amir Azizi Musa.

Continue Reading

Previous: Saya masih trauma – Kurmi Denan
Next: Hari Gawai, Pesta Kaamatan di bawah cuti negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.