Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemegang MyLesen perlu hargai dan manfaat lesen diperoleh
  • TEMPATAN

Pemegang MyLesen perlu hargai dan manfaat lesen diperoleh

Utusan Sarawak 23 hours ago
MYLESEN… Awang Tengah, Hasbi dan Norizan melakukan simbolik perasmian Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 MyLesen Peringkat N.82 Bukit Sari Lawas.

LAWAS: Penerima manfaat di bawah Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 MyLesen digesa agar menghargai dan memanfaatkan lesen yang diperoleh secara sah bagi tujuan mobiliti dan menjana pendapatan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata pemilikan lesen memandu bukan sahaja penting dari segi keselamatan dan pematuhan undang-undang, tetapi juga membuka peluang kepada pelbagai kemudahan serta peluang pekerjaan.

“Kita harus menghargai lesen yang ada dengan memandu secara berhemah dan mematuhi segala peraturan jalan raya demi keselamatan diri dan orang lain.

TEPUKAN GEMURUH… Awang Tengah diiringi Hasbi menerima tepukan paling gemuruh daripada hampir seribu hadirin yang memenuhi ruang Stadium Tertutup Lawas sempena majlis penutupan Program MyLesen.

“Lesen ini bukan hanya membolehkan kita memandu secara sah, tetapi juga melayakkan kita menerima manfaat seperti subsidi petrol dan memudahkan urusan harian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan Program Bantuan Lesen Memandu MyLesen Peringkat N.82 Bukit Sari Lawas yang diadakan di Stadium Tertutup Lawas, semalam.

Program ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.81 Bukit Sari Lawas, dan Institut Memandu Lawas.

Awang Tengah turut menggalakkan pemilik lesen menggunakan peluang ini untuk menceburi bidang perkhidmatan seperti penghantaran makanan dan barangan, yang semakin berkembang masa kini.

TERIMA KASIH PBB… Seramai 980 peserta Program MyLesen menzahirkan penghargaan kepada PBB Cawangan Bukit Sari Lawas atas usaha menjayakan program bantuan lesen tersebut.

“Saya harap golongan belia dan peserta MyLesen ini tidak hanya berhenti selepas memperoleh lesen, tetapi berusaha menjadikan lesen itu sebagai aset menjana pendapatan,” ujarnya.

Beliau turut menasihati pemilik lesen agar sentiasa menjadi penunggang berhemah dan tidak menyumbang kepada statistik kemalangan jalan raya.

Seramai 980 penerima yang terdiri daripada belia berumur 16 tahun hingga warga emas sihat telah berjaya memperoleh lesen melalui program MyLesen ini.

Sementara itu, Datuk Hasbi Habibollah dalam ucapannya menyeru para penerima agar bersyukur dan menghargai peluang ini, kerana mereka juga layak menerima subsidi petrol pada harga RM1.99 seliter.

“Penerima MyLesen kali ini sangat bertuah. Saya berharap program ini dapat diteruskan tahun hadapan, namun ia bergantung kepada peruntukan Belanjawan Negara yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri pada November nanti,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Sili, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, serta Residen Bahagian Limbang, Unus Tambi.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: KEMAS terus jadi tulang belakang pembangunan luar bandar
Next: Agensi penguat kuasa digesa teruskan pendidikan keselamatan jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.