Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pembukaan sempadan Serikin bakal rancakkan ekonomi
  • TEMPATAN

Pembukaan sempadan Serikin bakal rancakkan ekonomi

Utusan Sarawak 3 years ago

KENANGAN… Lawatan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato Zazuli Johan dan Konsulat Jenderal Indonesia Radin Sigit Witjaksono ke Serikin bersama Datuk Henry Harry Jinep (tengah) di Bau, semalam.

BAU: Pembukaan Pos Kawalan Perbatasan di Serikin di Bau mampu merancakkan semula aktiviti ekonomi rentas sempadan setelah pandemik Covid-19 menular tiga tahun lepas.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Dato Henry Harry Jinep, pembukaan sempadan harus segera dibuka bagi faedah bersama penduduk di kedua-dua negara.

“Jangan tangguh lama-lama, orang kampung Serikin sudah mendirikan pondok dan gerai untuk menerima pengunjung dari Kalimantan,Indonesia.

“Pembukaan sempadan Serikin sudah tentu membawa faedah bersama,” kata Henry.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengiringi lawatan Ketua Pengarah Kastam Malaysia Dato Zazuli Johan bersama Konsulat Jenderal Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono ke Serikin, semalam.

Ketika lawatan, Zazuli dan Raden turut melihat sendiri pembinaan Komplek Imigresen Dan Kastam (ICQS) milik Indonesia di Jagoi Babang, iaitu di seberang Serikin.

“Pembinaan ICQS milik Indonesia di Jagoi Babang akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

“Perancangan untuk membina ICQS Serikin (milik Malaysia) hanya akan bermula pada tahun ini dan memerlukan tempoh tiga tahun untuk siap.

“Dan jika di sebelah pihak Indonesia siap, mereka kena tunggu selama tiga tahun sehingga proses pergerakan pengunjung menggunakan passport dipakai,”jelasnya

Beliau turut menambah sekiranya siap ICQS kelak kita masih menggunakan pas sementara. Terletak kira-kira 60km dari Kuching, Pasar Serikin menjual pelbagai barangan seperti pakaian, kasut, beg, perabot, tikar rotan termasuk buah-buahan serta sayuran.

Oleh AZREEN KERIA

Continue Reading

Previous: Metropolis Kesihatan Sarawak akan dibina di Samarahan
Next: Kerajaan Sarawak komited naik taraf pelabuhan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.