Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pembukaan sempadan rancakkan ekonomi
  • NASIONAL

Pembukaan sempadan rancakkan ekonomi

Utusan Sarawak 3 years ago

KOTA BHARU, 20 Mac -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan) bersama Pengarah JKR Negeri Kelantan Mohd Suhaili Ismail semasa melawat ke tapak projek pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan) bersama Pengarah JKR Negeri Kelantan Mohd Suhaili Ismail semasa melawat ke tapak projek pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra semalam. • Foto BERNAMA

JELI: Pembukaan semula sempadan negara akan kembali merancakkan sektor ekonomi Malaysia dan Thailand serta meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara, sama seperti yang berlaku sebelum penularan Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keputusan kerajaan untuk membuka sempadan pada 1 April nanti amat dinantikan semua pihak khususnya mereka yang terkesan akibat pandemik tersebut.

“Kita (Malaysia) mempunyai hubungan baik dengan Thailand dari segi ekonomi dan pelancongan, keputusan pembukaan sempadan amat dinantikan.

“Kelantan mempunyai tiga pintu utama rasmi untuk keluar masuk ke Thailand iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga, maka apabila sempadan dibuka ia akan meningkatkan perniagaan dan (sektor) pelancongan di bandar tersebut serta bandar berdekatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang, Tanah Merah, di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Zainal Madasin dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Kelantan Ir Mohd Suhaili Ismail.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lepas mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik dan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April.

Ismail Sabri dilapor berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Jeli itu berkata sektor perniagaan dan pelancongan dijangka memerlukan tempoh enam bulan hingga setahun untuk kembali pulih sebaik pintu sempadan negara dibuka.

“Sudah pasti kita memerlukan masa, ia tidak berlaku serta-merta perlu mengambil masa mungkin enam bulan atau setahun sebelum kembali kepada (keadaan) sebelum Covid-19,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Aktiviti sukan, kokurikulum sekolah dibenarkan
Next: KKM, SPR bincang protokol pengundi positif Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.