Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pembukaan sekolah legakan ibu bapa
  • NASIONAL

Pembukaan sekolah legakan ibu bapa

Utusan Sarawak 3 years ago

TUARAN, 22 Nov -- Guru Besar Sekolah Kebangsaan Buit Hill Penampang, Awang Lai (kanan) menyambut ketibaan murid-murid bagi memulakan sesi persekolahan secara bersemuka bermula hari ini. Seramai 223,336 pelajar kumpulan pertama memulakan sesi persekolahan bersemuka di seluruh Sabah hari ini. Sesi persekolahan bersemuka dibuka semula untuk semua pelajar secara dua kumpulan setelah Sabah beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 8 November lepas. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PEMBUKAAN SEKOLAH… Guru Besar Sekolah Kebangsaan Buit Hill Penampang, Awang Lai (kanan) menyambut ketibaan murid-murid bagi memulakan sesi persekolahan secara bersemuka bermula semalam. Sesi persekolahan bersemuka dibuka semula untuk semua pelajar secara dua kumpulan setelah Sabah beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 8 November lepas.•Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka di empat negeri mengikut ketetapan pengoperasian Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula semalam memberi kelegaan kepada ibu bapa.

Di Pulau Pinang, Haslinda Abdul Latiff Khan, 36, berkata, dia tidak gusar untuk menghantar anak perempuannya Alisha Khayla Mok, 7, kembali ke sekolah malah optimis untuk melihat kejayaan kerajaan dalam mengawal penularan pandemik Covid-19 ke atas warga sekolah melalui inisiatif dilaksanakan bagi jangka masa panjang. 

Di Sabah, Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Dr. Mistirine Radin berkata, daripada keseluruhan 532,231 pelajar di Sabah, sebanyak 266,116 terlibat dalam sesi persekolahan secara bersemuka semalam manakala selebihnya menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Di Perlis, sebanyak tujuh sekolah rendah dibenarkan beroperasi secara penuh bagi sesi pembelajaran bersemuka semalam kerana bilangan pelajarnya tidak melebihi 150 orang.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis Naharudeen Othman berkata, pihaknya sedang menunggu laporan penuh mengenai jumlah kehadiran murid darjah satu hingga tingkatan empat bagi semua sekolah untuk hari pertama.

Di Perak, lebih 1,000 pegawai perhubungan sekolah (PPS) terdiri daripada anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan di 1,102 sekolah rendah dan menengah bagi memantau tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Pada 8 November lepas, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan institusi pendidikan di Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah kembali beroperasi mengikut ketetapan pengoperasian Fasa Empat PPN bermula semalam manakala bagi Kedah pula bermula kelmarin.

— Bernama

Continue Reading

Previous: PM lancar pas keluarga Malaysia
Next: Harga naik bukan berpunca daripada peniaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.