Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pembuat kereta EV disaran pertimbang Malaysia sebagai hab EV di ASEAN – Tengku Zafrul
  • BISNES

Pembuat kereta EV disaran pertimbang Malaysia sebagai hab EV di ASEAN – Tengku Zafrul

Utusan Sarawak 1 year ago
MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (tiga, kiri) dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang (tiga, kanan) melihat antara kenderaan Toyota yang menggunakan teknologi elektrik dan hidrogen pada majlis memperkenalkan inisiatif Beyond Zero UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) di MRANTI Park, Taman Teknologi Malaysia, hari ini. Turut kelihatan Pengerusi UMW Toyota Motor Datuk K. Ravindran (kiri). FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyeru pembuat kenderaan elektrik (EV) yang mempunyai kilang pembuatan di Malaysia mempertimbangkan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab untuk membekalkan dan menawarkan perkhidmatan ke pasaran EV yang berkembang pesat di Asean. 

Beliau berkata demikian berikutan pasaran EV di Asean dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sekitar 33 peratus daripada kira-kira AS$500 juta pada 2021 kepada AS$2.7 bilion (RM11.77 bilion) menjelang 2027.

“Malaysia mempunyai banyak faktor positif yang menjadikan landskap pelaburan kita sesuai bagi menyokong hasrat hab serantau syarikat multinasional.

“Selain daripada lokasi yang strategik, infrastruktur yang baik dan kedaulatan undang-undang, kita juga mempunyai industri elektrik dan elektronik (E&E) mantap yang telah memberi sokongan kepada industri lain termasuk aeroangkasa, tenaga boleh baharu dan EV,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucap tama pada majlis memperkenalkan inisiatif Beyond Zero UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) di sini, hari ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dalam dagangan turun naik ketika dibuka hari ini
Next: Cadangan naikkan OPR untuk perkukuhkan nilai ringgit bukan langkah sesuai – Fahmi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.