Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembinaan semula jambatan mudahkan akses penduduk Rumah Lebong Luang
  • Utara
  • WILAYAH

Pembinaan semula jambatan mudahkan akses penduduk Rumah Lebong Luang

Utusan Sarawak 5 hours ago
ISKANDAR Turkee melihat keadaan jambatan baharu yang siap dibina di Rumah Lebong Luang, Sungai Terus di Bintulu.

BINTULU: Penduduk Rumah Lebong Luang di Sungai Terus, Jalan Kuala Tatau di sini kini menikmati kemudahan laluan lebih selamat susulan siapnya projek pembinaan semula jambatan di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026 itu dilaksanakan selepas jambatan asal rosak akibat banjir besar yang melanda pada Januari tahun lalu.

Katanya, jambatan berkenaan dibina semula dengan reka bentuk lebih kukuh serta kedudukan lebih tinggi bagi mengatasi masalah laluan terputus ketika air pasang dan banjir.

“Syukur kerana projek ini berjaya disiapkan dan kini dapat digunakan penduduk dengan lebih selesa serta selamat.

“Saya turut menghargai komitmen pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) dan kontraktor yang menyiapkan pembinaan jambatan ini mengikut jadual ditetapkan,” katanya kepada media semasa meninjau tapak projek berkenaan di Rumah Lebong Luang pada petang hari ini.

Menurut beliau, keadaan jambatan lama yang diperbuat daripada kayu sebelum ini menyukarkan pergerakan penduduk terutama ketika cuaca buruk dan paras air meningkat.

Beliau berkata, cadangan pembinaan semula turut mengambil kira pandangan penduduk serta penilaian teknikal pihak DID bagi memastikan struktur baharu lebih sesuai dengan keadaan kawasan.

Tambahnya, projek bernilai sekitar RM150,000 itu memberi manfaat kepada 62 pintu rumah panjang selain membantu membuka akses lebih baik ke kawasan kebun dan kemudahan lain di penempatan berkenaan.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Belia tunjang pembangunan PCDS 2030 bangunkan Sarawak
Next: Dr Kelvin Yii gesa tindakan segera dan pampasan susulan insiden berulang paip pecah berkaitan KUTS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.