Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pembinaan Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak di Bintulu, Miri berjalan lancar
  • PENDIDIKAN

Pembinaan Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak di Bintulu, Miri berjalan lancar

Utusan Sarawak 3 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui pemberita selepas majlis Majlis Perasmian Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak, di Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Pembinaan Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) di Bintulu dan Miri kini berjalan mengikut perancangan, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, kedua-dua projek tersebut sedang dalam fasa pembinaan selepas proses tender dimuktamadkan.

“Sekarang ini kedua-duanya sedang dalam pembinaan. Di Miri, sekolah berkenaan dibangunkan di kawasan Bekenu, manakala projek di Bintulu juga telah diputuskan tendermya dan sedang berjalan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak, di sini, hari ini. 

PERKARANGAN Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS), cawangan Kuching. Foto Adele Rissa 

Berhubungan perkembangan itu, beliau mendedahkan Sarawak kini mempunyai lima sekolah antarabangsa yang telah beroperasi, selain sebuah lagi yang masih dalam peringkat perancangan.

“Kita sudah ada lima sekolah antarabangsa dan satu lagi masih dalam perancangan,” katanya. 

Mengulas mengenai jangkaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dikatakan akan diadakan tahun ini seperti dinyatakan oleh Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Alexander Nanta Linggi, beliau berkata tempoh penggal pentadbiran kerajaan negeri akan berjalan sehingga tamat.

Abang Johari menegaskan bahawa soal pilihan raya adalah tertakluk kepada tempoh yang telah ditetapkan mengikut peruntukan sedia ada.

Oleh Adele Rissa 

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Keputusan STAM diumum 5 Februari – KPM
Next: Abang Johari mahu anak Sarawak bersaing di peringkat antarabangsa menerusi pendidikan berkualiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.