Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembinaan Saratok Town Square dijangka pacu pembangunan ekonomi dan sosial
  • WILAYAH

Pembinaan Saratok Town Square dijangka pacu pembangunan ekonomi dan sosial

Utusan Sarawak 7 hours ago
PEMBANGUNAN… Reka bentuk cadangan pembinaan Saratok Town Square. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Pekan Saratok dijangka mengalami transformasi ketara menerusi cadangan pembinaan Saratok Town Square, sebuah projek prasarana moden yang dirancang sebagai pusat tumpuan aktiviti ekonomi dan sosial masyarakat setempat.

Cadangan projek berkenaan dibentangkan dalam sesi libat urus dan taklimat reka bentuk yang dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri dan ADUN Krian, Friday Belik, serta dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, di Perpustakaan Awam Saratok, semalam.

Mohamad Duri berkata, projek yang dikendalikan oleh JRC Architects and Landscape Design Associations itu menekankan elemen kontemporari dan mesra komuniti bagi memenuhi keperluan penduduk setempat. 

Menurutnya, Saratok Town Square akan dilengkapi dengan 30 unit gerai berbumbung berkonsep moden, kemudahan rekreasi seperti padang bola keranjang, ruang parkir yang luas serta tapak khas untuk pasar malam.

PEMBANGUNAN… Mohamad Duri dan Friday Belik hadir pada sesi libat urus dan taklimat reka bentuk cadangan pembinaan Saratok Town Square di Perpustakaan Awam Saratok, semalam. Foto ADUN Kalaka

Beliau berkata, penyediaan kemudahan pasar malam dan ruang awam yang selesa diyakini mampu menjadikan kawasan berkenaan sebagai lokasi tumpuan orang ramai untuk bersantai, sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi peniaga kecil dan usahawan tempatan di Saratok.

Menurut Mohamad Duri, pembangunan Saratok Town Square merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan menyeluruh di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), yang memberi fokus kepada pembangunan seimbang dan bersepadu di kawasan luar bandar. 

Beliau menegaskan komitmen bersama ADUN Krian untuk memastikan setiap projek dilaksanakan secara holistik dan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat.

Selain pembinaan Town Square, beberapa projek pembangunan utama lain turut dirancang di Saratok, termasuk cadangan pembangunan Tebingan Sungai Krian bagi kawasan DUN Kalaka, serta pembinaan dewan masyarakat baharu dan kerja menaik taraf Mini Stadium Saratok di bawah DUN Krian.

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek, Mohamad Duri mennggesa kerjasama padu semua agensi teknikal berkaitan termasuk Sarawak Energy Berhad (SEB), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) serta Majlis Daerah Saratok (MDS).

Beliau berkata, kerjasama rentas agensi itu memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam menyediakan infrastruktur berkualiti tinggi demi keselesaan dan kesejahteraan seluruh lapisan masyarakat.

Sesi libat urus tersebut turut dihadiri Setiausaha Majlis Daerah Saratok, wakil jabatan-jabatan teknikal, pemimpin masyarakat setempat serta ahli perniagaan daripada Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Saratok.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PERKEP IPD Lawas kukuhkan ikatan kekeluargaan
Next: Mangsa banjir di Trusan terima bantuan bakul makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.