Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembinaan rumah baharu mangsa kebakaran Rumah Jantum dimulakan segera
  • Tengah
  • WILAYAH

Pembinaan rumah baharu mangsa kebakaran Rumah Jantum dimulakan segera

Utusan Sarawak 10 hours ago
FRIDAY Belik semasa mengadakan sesi libat urus bersama penduduk Rumah Jantum, Nanga Belangun, Ulu Krian di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok petang tadi. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian

SARATOK: Penduduk Rumah Jantum, Nanga Belangun, Ulu Krian yang terjejas akibat kebakaran pada Ogos lalu bakal menerima rumah baharu tidak lama lagi apabila kerja-kerja pembinaan dijangka dimulakan dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata demikian selepas mengadakan sesi libat urus bersama penduduk terlibat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok petang tadi.

Menurut beliau, sesi berkenaan diadakan bagi menerangkan status terkini pembinaan rumah baharu (rumah dapur) yang dijanjikan kepada mangsa kebakaran berkenaan.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan bahawa tapak pembinaan sudah siap dan kerja-kerja pembinaan akan dimulakan dengan secepat mungkin,” jelasnya.

Beliau menambah, proses pembinaan dijangka mengambil masa antara tiga hingga empat minggu, bergantung kepada keadaan cuaca serta kelancaran kerja di lapangan.

Friday turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat atas keprihatinan dan kerjasama dalam memastikan kebajikan 13 Ketua Isi Rumah (KIR) di Rumah Jantum terus terbela serta proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera.

Turut hadir dalam sesi berkenaan, Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Nanga Budu, Hatta Adenan yang mewakili Pegawai Daerah Saratok; Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Saratok, Aida Labau serta agensi-agensi kerajaan berkaitan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Harden tekankan aspek kualiti dalam pelaksanaan projek RTPĀ 
Next: Program gotong-royong perkukuh semangat komuniti, kebersihan di Taman Harmoni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.