Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembinaan pintu air dicadang atasi banjir kilat di Kampung Tanjung Hulu Saratok
  • WILAYAH

Pembinaan pintu air dicadang atasi banjir kilat di Kampung Tanjung Hulu Saratok

Utusan Sarawak 22 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa mengadakan lawatan tapak bagi cadangan pembinaan pintu air di Kawasan Lot Kampung Tanjung Hulu Saratok, semalam. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Cadangan pembinaan pintu air di Kawasan Lot Kampung Tanjung Hulu Saratok menjadi keutamaan bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap menjejaskan penduduk setempat, khususnya di kawasan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, lawatan dan siasatan tapak telah dilaksanakan bagi meneliti secara langsung keperluan pembinaan pintu air tersebut serta mengenal pasti isu-isu berkaitan sistem saliran di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, lawatan tapak itu turut dihadiri Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid bersama rombongan Pejabat Daerah Saratok, wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong, Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok serta Majlis Daerah Saratok.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa mengadakan lawatan tapak bagi cadangan pembinaan pintu air di Kawasan Lot Kampung Tanjung Hulu Saratok, semalam. Foto ADUN Kalaka

Turut hadir, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi; Pemanca Sahari Gani; Penghulu Madi Bujang; Penghulu Rajali Bujang serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Saratok.

Beliau menjelaskan, masalah banjir kilat sering berlaku apabila hujan lebat bertembung dengan fenomena air pasang besar, sekali gus menyebabkan limpahan air ke kawasan kediaman penduduk.

“Pembinaan pintu air ini amat penting bagi melancarkan aliran air, mengurangkan risiko banjir kilat serta mengawal kemasukan air sungai ketika hujan lebat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan tapak bagi cadangan pembinaan pintu air di Kawasan Lot Kampung Tanjung Hulu Saratok, di sini, semalam.

Sehubungan itu, pihak JPS akan membantu menyediakan skop kerja serta anggaran bajet bagi cadangan pembinaan pintu air tersebut sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Dalam pada itu, beberapa perkara berkaitan turut dikenal pasti sepanjang lawatan berkenaan dan akan disusuli dengan tindakan oleh agensi serta jabatan berkaitan bagi memastikan penyelesaian yang menyeluruh.

“Saya berharap isu banjir kilat di kawasan ini dapat ditangani dengan berkesan demi menyediakan kemudahan asas yang lebih baik dan kesejahteraan penduduk setempat,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mangsa Banjir di Limbang terima 349 pek bantuan bakul makanan
Next: Gelombang kedua banjir, tiga kampung Hulu Sungai Sibuti masih ditenggelami air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.