Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembinaan kompleks baharu perkukuh kebajikan anak yatim di Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Pembinaan kompleks baharu perkukuh kebajikan anak yatim di Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago
KENANGAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peryatim dan Pengisytiharan Nama Kompleks Kebajikan Daud Abdul Rahman (KKDAR) di Bintulu, hari ini. Foto UKAS

BINTULU: Usaha memperkasakan kebajikan golongan anak-anak yatim di Sarawak terus diperkukuh dengan pengumuman kerajaan Sarawak berhubung pembangunan sebuah kompleks kebajikan baharu bernilai RM30 juta di Miri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kompleks baharu itu bakal menggantikan bangunan Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak (Peryatim) Miri sedia ada, yang tidak lagi sesuai dari segi lokasi dan struktur tanah.

“Bangunan Peryatim di Miri sekarang terletak di kawasan yang kurang strategik dan tidak sesuai. 

“Maka, kita akan bina kompleks baharu berhampiran Lapangan Terbang Miri dengan kemudahan yang lebih baik dan selesa untuk anak-anak yatim di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peryatim dan Pengisytiharan Nama Kompleks Kebajikan Daud Abdul Rahman (KKDAR) di Bintulu, hari ini.

SAMBUTAN MERIAH… Ketibaan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg disambut meriah pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peryatim dan Pengisytiharan Nama Kompleks Kebajikan Daud Abdul Rahman (KKDAR) di Bintulu, hari ini. Foto UKAS

Menurut beliau, lokasi baharu yang lebih kondusif akan memberikan persekitaran yang lebih selamat dan selesa untuk anak-anak yatim, sekali gus membolehkan mereka membesar dan belajar dalam suasana lebih baik.

“Saya bangga terhadap pencapaian bekas penghuni PERYATIM yang kini berjaya dalam pelbagai bidang profesional, termasuk kejuruteraan dan perakaunan, serta menyumbang kepada masyarakat.

“Sebanyak RM25,000 kepada Kompleks Peryatim Bintulu, selain kutipan sumbangan tambahan daripada pelbagai pihak yang menjadikan jumlah keseluruhan mencecah RM100,000,” jelasnya.

AMANAT… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap semasa menghadiri Ramah Tamah Aidilfitri Peryatim dan Pengisytiharan Nama Kompleks Kebajikan Daud Abdul Rahman (KKDAR) di Bintulu, hari ini. Foto UKAS

Projek pembinaan kompleks baharu di Miri ini sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan kebajikan anak-anak yatim terus diberi keutamaan, selari dengan hasrat kerajaan untuk membina masyarakat yang lebih penyayang dan inklusif.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengerusi Peryatim Sarawak Datuk Misnu Taha, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee serta tetamu lain.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM2.2 juta pasang 363 lampu solar di Saratok, Kabong, Roban
Next: Nanta pantau projek pembinaan semula bahagian ruai di Rumah Kiong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.