Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pembinaan Jambatan Marina bermula bulan ini, dijangka siap Mei 2029
  • TEMPATAN

Pembinaan Jambatan Marina bermula bulan ini, dijangka siap Mei 2029

Utusan Sarawak 5 hours ago
AKAN MULA DIBINA… Ilustrasi projek Jambatan Marina di Miri yang dijadual memulakan pembinaan pada Mei 2026 dan dijangka siap pada Mei 2029. Foto JKR Sarawak

MIRI: Projek pembinaan Jambatan Marina di Bahagian Miri secara rasmi memasuki fasa pelaksanaan bermula Mei ini dengan tempoh pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2029.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan projek berimpak tinggi itu merupakan antara inisiatif utama kerajaan dalam memperkukuh jaringan perhubungan di Miri, sekali gus meningkatkan mobiliti pengguna jalan raya.

Menurut JKR, pembinaan jambatan berkenaan juga dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan infrastruktur yang lebih mampan, selamat dan berkualiti di kawasan berkenaan.

“Pelaksanaan projek ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur moden demi kesejahteraan rakyat serta menyokong pertumbuhan ekonomi setempat,” menurut hantaran tersebut.

AKAN MULA DIBINA… Ilustrasi projek Jambatan Marina di Miri yang dijadual memulakan pembinaan pada Mei 2026 dan dijangka siap pada Mei 2029. Foto JKR Sarawak.

Selain memperbaiki akses dan kesalinghubungan, projek tersebut turut dijangka memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk serta sektor pembangunan di Miri.

JKR Sarawak menegaskan pihaknya komited memastikan pelaksanaan projek berjalan secara teratur, efisien dan mematuhi piawaian ditetapkan sepanjang tempoh pembinaan.

Projek Jambatan Marina dilihat sebagai antara komponen penting dalam pembangunan strategik Bahagian Miri sejajar usaha memperkukuh sistem pengangkutan negeri.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Hari Ibu platform hargai pengorbanan golongan ibu – Nancy
Next: Ik Pahon kekal Presiden DBNA tanpa bertanding

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.