Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembinaan jalan baharu Miri-Marudi bermula Julai ini
  • Utara
  • WILAYAH

Pembinaan jalan baharu Miri-Marudi bermula Julai ini

Utusan Sarawak 20 hours ago
GIMIK… Datuk Dr Penguang Manggil menyempurnakan majlis perasmian ‘The Fashion Spell: Toon & Tale’ sempena Hari Terbuka PIBG SK Dato Sharif Hamid. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Pembinaan jalan baharu iaitu jalan R5 dari Miri ke Marudi akan bermula tahun ini yang mana pelancaran projek akan bermula pada Julai ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil berkata majlis pecah tanah projek tersebut akan disempurnakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada September ini iaitu sebelum Regata Baram 2025.

“Apabila jalan baharu itu siap kelak, perjalanan dari Miri ke Marudi akan menjadi lebih mudah, iaitu mungkin hanya mengambil masa setengah jam untuk sampai ke Marudi,” katanya. 

Tambah beliau, masih banyak projek yang akan dilaksanakan di sini dan telah lama dinanti-nantikan oleh rakyat Marudi.

TAHNIAH… Adik Jimmy Duncan Juman Josny menerima hadiah pemenang pertama disampaikan Datuk Dr Penguang Manggil. Foto Jiku Juguong

Tegasnya, sebagai wakil rakyat, menjadi tanggungjawab beliau untuk membawa pembangunan bagi memudahkan kehidupan seharian rakyat Marudi, termasuk merancakkan sosioekonomi serta melaksanakan pelbagai aktiviti yang diperlukan di Marudi. 

Menurut Penguang, Marudi kini cukup terkenal dengan kewujudan kawasan tebing sungai (waterfront) yang sangat unik, dan ia akan disambungkan lagi dari jeti Lembaga Sungai hingga ke hilir Marudi sepanjang 300 meter bagi fasa pertama.

Jelas Penguang, satu lagi projek pembinaan kawasan tebing sungai (waterfront) akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, iaitu sambungan sepanjang 350 meter dari Fort Hose ke hotel baharu yang bakal dibina berhampiran Dewan Suarah Marudi.

“Jadi, apabila waterfront ini siap kelak, ia akan menjadi salah satu waterfront terpanjang di Sarawak,” tegasnya.

Kata beliau, dengan adanya jambatan yang kini telah siap dan apabila jalan baharu juga siap kelak, satu lagi cabaran yang mungkin timbul ialah masalah sosial, termasuk peningkatan penggunaan dadah dan isu-isu sosial lain.

Penguang turut mengingatkan ibu bapa dan masyarakat di sini agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak supaya mereka tidak terjebak atau terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral ini.

Penguang berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian ‘The Fashion Spell: Toon And Tale’ sempena Hari Terbuka PIBG SK Dato Sharif Hamid di dewan sekolah tersebut malam tadi.

Katanya, dengan adanya pelbagai aktiviti anjuran pihak PIBG, sekolah ini menjadi satu platform yang sangat baik yang mana PIBG memainkan peranan penting dalam mendidik, membimbing, dan menentukan arah tuju sekolah. 

Pada majlis itu Penguang mengumumkan peruntukan MRP RM10,000 untuk PIBG melaksanakan aktiviti mereka.

Turut hadir Jafarin Mohamad Majidi, Ketua Masyarakat Melayu Marudi, Jamel Sabil, SAO Fazzwan Yunus dan Pengerusi Majlis Daerah Marudi, Kaunselor Edward Mendai.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Buaya dewasa ditemui mati ketika operasi pemindahan di Sungai Sarikei
Next: Capaian internet di Tamin bukti komitmen pembangunan luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.