Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pembinaan ibu negara baharu giat dijalankan
  • GLOBAL

Pembinaan ibu negara baharu giat dijalankan

Utusan Sarawak 3 years ago
PROJEK pembangunan giat dilakukan di ibu negara baharu Mesir.• Foto AFP

KAHERAH: Terletak kira-kira 50 kilometer dari timur Kaherah, kerja-kerja pembinaan dan pembangunan ibu negara baharu Mesir giat dijalankan.

Ibu negara baharu Mesir itu pada mulanya akan dilancarkan pada 30 Jun lalu, namun terpaksa ditangguhkan susulan pandemik Covid-19.

Selepas beberapa kali penangguhan, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi pada bulan ini mengarahkan supaya semua penjawat awam berpindah ke ibu negara baharu itu pada Disember ini.

Kesemua penjawat awam akan menjalani tempoh percubaan selama enam bulan di ibu negara baharu tersebut.

Bandar utama baharu Mesir itu dianggarkan bernilai AS$45 bilion (RM187 bilion) dan mempunyai keluasan seperti Singapura, selain disifatkan sebagai ‘penyelesaian kepada jumlah penduduk yang terlalu padat di Kaherah’.

Selepas dipilih menjadi Presiden Mesir pada 2014, Abdel Fattah menggambarkan ibu negara baharu itu sebagai ‘kelahiran negara dan republik baharu’.

Namun, beberapa pihak percaya, ibu negara baharu yang hanya dikenali sebagai ‘Pentadbiran Baharu’ itu tidak setanding dengan Kaherah.

“Ibu negara baharu itu sangat misteri dan sehingga kini, masih belum ada mana-mana pihak yang berpindah ke sana,” kata pakar perancangan bandar, Galila el-Kadi.

Ibu negara baharu itu merupakan antara projek terbesar yang dilakukan oleh kerajaan Mesir.

Fasa pertama bandar baharu itu seluas 250 kilometer persegi dan mampu memuatkan sehingga dua juta penduduk. – AFP

Continue Reading

Previous: Syria terima 500,000 dos vaksin
Next: Rangka manusia ditemui selepas 11 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.