Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pembinaan benteng pemecah ombak siap 30 peratus
  • TEMPATAN

Pembinaan benteng pemecah ombak siap 30 peratus

Utusan Sarawak 4 years ago
MENINJAU… Datuk Lee Kim Shin semasa meninjau perkembangan projek pembinaan benteng pemecah ombak di Pantai Batu Satu Kuala Baram di Miri, semalam.

MIRI : Projek pembinaan benteng pemecah ombak di Pantai Batu Satu, Kuala Baram  di  sini  yang  bernilai RM25 juta kini  sudah  siap  30  peratus.

Menteri Pengangkutan  Sarawak, Datuk  Lee  Kim  Shin   berkata, beliau  berpuas  hati  melihat  kemajuan  projek  tersebut yang  mula  dilaksanakan  pada  November  2020.

“Projek  ini  berjalan  dengan  lancar  dan  dijangka akan  siap  pada  penghujung  tahun  2022,” katanya  selepas  mengadakan  tinjauan  ke  tapak  projek berkenaan  semalam.

Projek  pembinaan benteng  pemecah  ombak  tersebut  telah  diluluskan di  bawah Rancangan Malaysia  Ke-11.

Projek  tersebut  merangkumi pembinaan  pemecah  ombak sejauh  200 meter ,lima  ‘groin’ dan  tanjakan konkrit  yang  dapat memuatkan  100 perahu  atau  bot  nelayan.

Projek  tersebut  dibina  atas permintaan  penduduk  dan  nelayan  Kampung  Batu  Satu , Kuala  Baram   yang  sering  berdepan  dengan  masalah ombak  besar  setiap  kali  musim tengkujuh.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: Sarawak di bawah Pentadbiran Tentera
Next: PERTAMA DI MALAYSIA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.