CHERYL LAW
KUCHING: Pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diawalkan dari tarikh sebenar sememangnya tepat pada masanya.
Seorang suri rumah, Mislia Morni, 53, berkata pemberian BPN yang diawalkan dari tarikh sebenar adalah tepat kerana pada masa ini rata-rata golongan rakyat memerlukan bekalan makanan bagi mengurangkan wabak Covid-19.
Mislia berkata, kebaikan BPN diawalkan adalah ia memudahkan rakyat bagi mematuhi saranan kerajaan untuk mempersiapkan diri bagi membanteraskan wabak tersebut.
“Tujuan diawalkan adalah mungkin kerana kerajaan mahu rakyat berjimat memandangkan ekonomi dunia kini meruncing dan kita tidak pasti bila akan berakhirnya wabak Covid-19 nanti.
“Kita amat mengalu-alukan kerana sejak dikuatkuasakan (PKP) banyak pendapatan rakyat terjejas terutamanya yang bekerja di sektor buruh kasar dan bekerja sendiri,” katanya.
Tambahnya, sebagai rakyat yang cintakan negara, tindakan berkenaan memang tepat bagi mengurangkan wabak tersebut serta dapat memulihkan keadaan ekonomi dengan cepat.
“Keadaan negara kita perlukan rakyat bersatu bagi memulihkan wabak tersebut serta merencanakan ekonomi negara yang di landa krisis.
“Sebagai rakyat yang perlukan bantuan daripada kerajaan, kita pergunakan apa yang diberi dengan sebaik mungkin kerana esok belum pasti kita dapat mengurangkan wabak tersebut.
Sementara itu, Jennifer Liew, seorang pembantu pengurusan murid prasekolah, 33, berkata, beliau amat berterima kasih kepada kerajaan yang telah memberi tarikh awal pemberian BPN.
“Ini menunjukkan kerajaan mengambil berat kesusahan rakyat sejak berlaku wabak Covid-19 yang mana berlaku kenaikan harga barang keperluan dan makanan,” tegasnya.
Jennifer memberitahu, banyak kebaikan bantuan ini di awalkan kerana kita akan membeli barang keperluan makanan sepanjang PKP ini.
“Dengan adanya bantuan dari kerajaan, saya dapat membeli barang keperluaan sepanjang PKP sebab kita tidak bila akan berakhirnya wabak ini nanti,” tambahnya.