Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pemberi kredit, penyedia perkhidmatan kredit wajib lesen dan daftar Suruhanjaya Kredit Pengguna
  • SEMASA

Pemberi kredit, penyedia perkhidmatan kredit wajib lesen dan daftar Suruhanjaya Kredit Pengguna

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEMBERI kredit dan penyedia perkhidmatan kredit perlu memperoleh lesen serta berdaftar dengan Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP), berkuat kuasa mulai 1 Jun ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Pemberi kredit dan penyedia perkhidmatan kredit perlu memperoleh lesen serta berdaftar dengan Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP), berkuat kuasa mulai 1 Jun ini, selaras dengan penguatkuasaan Akta Kredit Pengguna 2025 (Akta 873/AKP).

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa di bawah AKP, pemberi kredit seperti syarikat skim ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (Buy Now Pay Later/BNPL), syarikat pemajakan, dan syarikat pemfaktoran diwajibkan memperoleh lesen daripada SKP.

Sementara itu, penyedia perkhidmatan kredit seperti agensi pemungutan hutang, syarikat pemerolehan pinjaman atau pembiayaan terjejas, serta agensi kaunseling dan pengurusan hutang juga perlu berdaftar dengan SKP.

“Keperluan pelesenan dan pendaftaran ini akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026, dengan tempoh peralihan enam bulan diberikan kepada pihak industri untuk memohon lesen atau pendaftaran di bawah AKP.

“Langkah ini bertujuan memperkukuh perlindungan pengguna, meningkatkan tadbir urus industri kredit, serta memastikan amalan pemberian kredit yang lebih telus, adil, bertanggungjawab, dan profesional,” menurut kenyataan itu.

AKP telah diwartakan pada 31 Disember, 2025 dan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026. Sejajar dengan penguatkuasaannya, kerajaan menubuhkan SKP bagi memperkukuh perlindungan pengguna kredit di Malaysia.

MOF memaklumkan AKP berperanan mengawal selia pelakuan industri kredit pengguna secara menyeluruh, bersepadu dan berkesan. Ini termasuk penyediaan kerangka kawal selia yang konsisten, pembangunan Piawaian Kebenaran dan Piawaian Tingkah Laku, serta pembangunan kerangka maklumat bersepadu bagi pemantauan, penyeliaan dan penguatkuasaan.

Sementara itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata melalui penguatkuasaan AKP dan penubuhan SKP, kerajaan meneguhkan perlindungan pengguna agar mereka tidak terdedah kepada amalan kredit yang tidak adil atau tidak beretika.

“Usaha ini adalah langkah penting kerajaan bagi membina sistem kredit yang telus dan bertanggungjawab,” katanya.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Penerbangan pulang Jojo Ghazali sekeluarga dari Makkah dalam masa terdekat
Next: Perkhidmatan penerbangan Malaysia Airlines ke London, Paris beroperasi seperti dijadualkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.