Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pemberhentian pekerja Petronas disebabkan cabaran global, bukan isu Petros
  • SEMASA

Pemberhentian pekerja Petronas disebabkan cabaran global, bukan isu Petros

Utusan Sarawak 12 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) bersama ahli Jawatankuasa Korban Kampung Sungai Laruh di Masjid Taman Hussein selepas menyampaikan daging korban kepada golongan asnaf dan tidak berkemampuan hari ini. Foto Bernama

KUCHING: Langkah Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk mengurangkan tenaga kerjanya berpunca daripada cabaran global dan tidak berkaitan dengan isu syarikat minyak nasional itu dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata proses penstrukturan itu perlu dilakukan di tengah-tengah penurunan harga minyak mentah ketika ini.

Menurutnya, beliau juga merancang bertemu dengan Petronas untuk mendapatkan butiran terperinci mengenai proses penstrukturan semula itu.

“Itu cabaran global adalah sebab mengapa Petronas perlu menyusun semula keseluruhan operasinya.

“Saya merancang untuk bertemu dengan pihak Petronas untuk mendapatkan taklimat mengenai perkara itu dan bagi memastikan jumlah pemberhentian pekerja dapat dikurangkan, jika tidak dapat dielakkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ibadah korban Aidiladha di Masjid Taman Hussein, di sini, hari ini.

Pada 5 Jun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dilaporkan berkata syarikat minyak nasional itu akan mengurangkan 10 peratus tenaga kerjanya dalam mendepani keadaan operasi yang mencabar, terutamanya disebabkan penurunan harga minyak mentah.

Beliau berkata bilangan kakitangan yang terlibat dalam proses itu dianggarkan berjumlah kira-kira 5,000 orang dan mereka yang terbabit akan dimaklumkan secara berperingkat tahun depan.

Pada 21 Mei lepas, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mencapai persefahaman dengan menandatangani deklarasi bersama berhubung perkara yang melibatkan Petronas dan Petros.

Menurut deklarasi bersama itu, Petronas akan meneruskan fungsi, aktiviti, tanggungjawab dan kewajipannya yang diamanahkan kepada syarikat tersebut di Malaysia, di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan peraturannya.

Sebarang perjanjian antara Petronas dan anak-anak syarikatnya dengan pihak ketiga bagi tujuan penjualan gas asli cecair (LNG) daripada operasi huluan hingga eksport LNG kepada pihak asing kekal tidak terjejas.

-Bernama

Continue Reading

Previous: Jemaah haji laksana nafar awal, dijadual tinggalkan Mina esok pagi
Next: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.