

JKR….Sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan pembentung baharu di Sungai Bidut.
SIBU: Jabatan Kerja Raya (JKR) berjaya menyiapkan kerja-kerja pemasangan pembentung baharu di Sungai Bidut, hari ini.
Pengerusi SUPP Bawang Assan Kaunselor Kevin Lau Kor Jie berkata, dengan siapnya kerja pemasangan pembentung baharu tersebut akan meningkatkan keberkesanan sistem perparitan serta mengurangkan risiko banjir kilat akibat takungan air selepas hujan.
“Saya masih bimbang dengan paras air dalam longkang yang agak tinggi. Pasukan kami akan terus bekerjasama dengan JKR untuk meneliti kemungkinan menjalankan kajian lebih mendalam di bahagian muara berhampiran sungai bagi meningkatkan lagi kecekapan sistem saliran,” katanya.
Terdahulu, Pasukan SUPP Bawang Assan yang diketuai Penghulu Wong Ung bersama Kaunselor Justin Wong meninjau perkembangan projek tersebut.

Kehadiran mereka turut membantu pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) berkomunikasi dengan penduduk setempat yang terkesan sepanjang pelaksanaan kerja-kerja pemasangan pembentung baharu tersebut.
Kerja pemasangan pembentung baharu tersebut itu dilaksanakan susulan aduan penduduk kepada Kaunselor Lau yang juga Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS).
Oleh Akun Giman