Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembentukan bahagian baharu Lawas untuk mudahkan pentadbiran, bukan pisahkan daerah
  • Utara
  • WILAYAH

Pembentukan bahagian baharu Lawas untuk mudahkan pentadbiran, bukan pisahkan daerah

Utusan Sarawak 11 hours ago
MENJAWAB MEDIA…Awang Tengah Ali Hassan bersama Paulus, Henry Sum Agong dan Dr Abdul Rahman ketika ditemui media di lobi Hotel Seri Malaysia Lawas, semalam.  

LAWAS: Pembentukan bahagian pentadbiran baharu untuk Daerah Lawas bukan bertujuan memisahkan dua daerah berjiran, sebaliknya dirangka untuk memudahkan urusan pentadbiran kerana Daerah Lawas dan Limbang dipisahkan oleh daerah kecil Temburong, Brunei.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, inisiatif ini akan membuka ruang kepada pembangunan lebih mapan di Lawas, terutama dengan kewujudan projek Kompleks Pentadbiran Bersepadu IAC Lawas yang hampir siap serta kemudahan lain bagi memudahkan urusan rakyat di daerah paling utara Sarawak.

“Cadangan ini bukan perkara baharu dan pernah disuarakan oleh bekas Yang di-Pertua Negeri, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebelum ini,” katanya semasa merasmikan Makmal Rancangan Malaysia Ke-13 Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) di Lawas, semalam.

Kompleks IAC Lawas bernilai RM180 juta itu dijangka siap pada Ogos tahun ini dan akan menempatkan 16 jabatan serta agensi kerajaan untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Kerajaan Sarawak turut menyalurkan peruntukan sebanyak RM160 juta kepada NRDA bagi menaik taraf dan membina baharu sekolah-sekolah daif serta kuarters guru di daerah Lawas dan Limbang.

Beberapa cadangan dan rancangan pembangunan turut dibincang dalam Makmal Rancangan Malaysia Ke-13 yang akan bermula tahun hadapan sehingga 2030.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek SMK Tudan disambung semula, dijangka beroperasi Jun 2026
Next: Miri Central Police Station to receive RM300,000 for urgent wiring upgrading of overloading wires

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.