Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Pembelajaran atas talian Pengalaman baharu cikgu Zainab
  • STAIL

Pembelajaran atas talian Pengalaman baharu cikgu Zainab

Utusan Sarawak 5 years ago
CIKGU Zainab Abdullah (Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan di SMK Bandar Utama Damansara (3).

PERTAMA KALI memulakan sesi pengajaran secara atas talian memberikan satu pengalaman baharu dalam diri seorang pendidik.

Cuba dan ralat.

Bermula dengan aplikasi hangout bertukar kepada aplikasi zoom, mula belajar sesuatu yang baharu taktala usia hampir separuh abad.

Sudah menjadi satu amanah lantaran dunia dikejutkan dengan bencana Covid-19, warga pendidik tetap dipertanggungjawabkan dalam mendidik anak bangsa.

Cikgu Zainab Abdullah, seorang guru yang berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Utama Damansara (3) mengakui dirinya turut sukar untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.

“3 April 2020 merupakan sesi pertama kelas dalam talian dan saya amat kelam-kabut pada waktu itu oleh kerana baharu sahaja belajar mendalami teknologi canggih ini,” katanya.

Walaupun usia guru ini hampir menjangkau separuh abad, namun dia tidak berputus-asa dan mengambil peluang untuk menggunakan teknologi baharu bagi membolehkan penyampaian ilmu kepada para pelajar.

Antara teknologi yang perlu dipelajari ialah Google Classroom, Google Meet, Google Form, Google Hangouts, Zoom, Bold Text Generator, Snipping Tool dan lain-lain lagi.

Ada kalanya, pengajaran dan pembelajaran atas talian turut terganggu dek masalah rangkaian internet yang tidak stabil.

“Walaupun tinggal di bandar utama seperti Damansara, kadang-kadang rangkaian internet bermasalah sehingga menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu.

“Dalam pada itu, terdapat juga murid-murid yang tidak mempunyai kemudahan seperti ketiadaan peranti elektronik dan data internet tidak mencukupi,” tambah guru yang mengajar subjek Sejarah dan Bahasa Melayu ini lagi.

Demi tugas yang diamahkan, kesukaran demi kesukaran menjadikan Zainab semakin matang dalam penggunaan teknologi moden.

“Diharapkan semua pelajar dapat menggunakan masa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebaik-baiknya untuk mengulang kaji pelajaran.

“Terlalu banyak bahan telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada setiap murid di negara kita,” tambahnya.

Antara platform yang digunakan oleh KPM ialah pembelajaran melalui TV Okey.

Zainab turut berharap anak didiknya menggunakan masa emas ini untuk terus membuat ulang kaji dari semasa ke semasa.

“Buat murid-murid di seluruh Malaysia pula, saya harap anda gunakan masa ini untuk berhubung dengan guru dan bertanya dengan ibu bapa masing-maing tentang pelajaran.

“Urus masa sebaik-baiknya dan buatlah jadual waktu belajar supaya anda mempunyai masa yang berkualiti dalam apa-apa jua situasi sekalipun,” katanya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Akuaponik, gabungan moden pertanian, penternakan
Next: Manik gambaran identiti etnik Lun Bawang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.