Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembedahan pemindahan organ pertama dilaksanakan di Hospital Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Pembedahan pemindahan organ pertama dilaksanakan di Hospital Miri

Utusan Sarawak 3 weeks ago
HADIR… Datuk Sebastian Ting Chiew Yew yang hadir memberikan penghormatan atas sumbangan mendiang kepada komuniti dan dunia perubatan. Foto UKAS

MIRI: Hospital Miri mencatat detik bersejarah apabila berjaya melaksanakan pembedahan pemindahan organ pertama di Sarawak bagi 2025.
Pembedahan tersebut melibatkan seorang penderma organ berdaftar sejak 2014 yang berusia 43 dan disahkan telah meninggal dunia.
Dalam prosedur yang diadakan semalam, buah pinggang mendiang telah didermakan kepada seorang pesakit yang memerlukan, sekali gus menjelmakan hasrat mulia arwah untuk membantu sesama insan.
Pembedahan ini dijalankan oleh pakar bedah dari Hospital Umum Sarawak (HUS), Aaron Goh dan Kamal Raj.
Turut serta dalam pasukan perubatan ialah wakil dari Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) iaitu Dr Engku Emilia Engku Awang, SN Mohammad Aliff Abdullah serta dua jururawat urologi, Siti Zulaikha Md Sidek dan Liz Estevera Gabin.
Usaha ini turut disokong oleh Dr Uma Devi Ramadass dari Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH) HUS bersama Top Team Hospital Miri.
Pembedahan ini bukan sahaja menandakan permulaan baharu dalam sejarah perubatan Sarawak untuk tahun ini, malah menjadi kes pendermaan organ kelima yang direkodkan oleh Hospital Miri.
Pihak Hospital Miri turut merakamkan ucapan takziah dan penghargaan tidak terhingga kepada isteri dan keluarga mendiang atas keputusan penuh keberanian dan keikhlasan membenarkan organ beliau didermakan.
Dalam saat berduka, keluarga mendiang memilih untuk memberi sinar harapan kepada insan lain yang memerlukan.
Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelancongan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew yang hadir memberikan penghormatan atas sumbangan mendiang kepada komuniti dan dunia perubatan.
Pihak hospital menyifatkan tindakan ini sebagai satu contoh kasih sayang yang luar biasa dan bukti bahawa pendermaan organ mampu menyelamatkan nyawa serta memberi kehidupan baharu kepada orang lain. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kediaman Affizie Afendi johan pertandingan keceriaan
Next: Warisan buluh Engkalat dilestarikan oleh UNIMAS melalui inisiatif komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.