Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pembebasan P. Diddy ditangguh sebulan gara-gara langgar peraturan penjara
  • HIBURAN
  • TEMPATAN

Pembebasan P. Diddy ditangguh sebulan gara-gara langgar peraturan penjara

Utusan Sarawak 14 hours ago
SEAN ‘P. Diddy’ Combs terpaksa tunggu sebulan lagi sebab langgar peraturan di Penjara Fort Dix.

FORT DIX, New Jersey: Tarikh pembebasan penyanyi rap terkenal, P. Diddy, atau nama sebenarnya Sean John Combs, 55, telah ditangguhkan selama sebulan selepas dia didapati melanggar beberapa peraturan semasa menjalani hukuman penjara.

Menurut laporan Page Six, Diddy, yang kini berada di Penjara Persekutuan Fort Dix, New Jersey, pada asalnya dijadualkan dibebaskan pada 8 Mei 2028.

Namun, tarikh tersebut kini dipinda ke 4 Jun 2028 setelah dia kehilangan sebahagian kredit kelakuan baik ekoran pelanggaran disiplin yang berlaku baru-baru ini.

Antara kesalahan yang dilaporkan adalah Diddy didapati mengambil alkohol buatan sendiri yang dihasilkan daripada campuran gula, soda, dan epal.

Selain itu, dia juga terlibat dalam panggilan telefon tiga hala yang dilarang dalam penjara.

Sumber yang enggan dikenali menyatakan bahawa pelanggaran tersebut tidak dianggap sebagai kesalahan berat, namun ia cukup untuk menjejaskan kelayakan Diddy dalam permohonan pelepasan awal.

Bagaimanapun, peguam Diddy menafikan dakwaan tersebut dengan menjelaskan bahawa panggilan telefon berkenaan adalah antara Diddy dan pasukan peguamnya, yang dilindungi oleh hak kerahsiaan guaman.

Peguamnya turut menegaskan bahawa anak guam mereka belum menerima buku panduan orientasi penjara ketika kejadian tersebut berlaku.

Pada Oktober lalu, Diddy dijatuhi hukuman penjara empat tahun serta denda sebanyak AS$500,000 (RM2.35 juta) selepas didapati bersalah atas pertuduhan membawa dua bekas teman wanitanya ke luar negara untuk tujuan pelacuran. – AGENSI

Continue Reading

Previous: Sarawak terus perkukuh warisan pelbagai etnik melalui Festival Kesenian 2025
Next: Michelle Yeoh terima anugerah kehormat di Festival Filem Berlin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.