Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pembayaran interim sehingga RM1,000
  • BISNES

Pembayaran interim sehingga RM1,000

Utusan Sarawak 4 years ago

IPOH, 22 Dis -- Pencarum beratur di pekarangan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada hari kedua pembukaan permohonan i-Sinar KWSP ketika tinjauan fotoBernama di Pejabat KWSP Ipoh hari ini. Kerajaan bersetuju untuk memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada Akaun 1 KWSP kepada semua ahli yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PENCARUM beratur di pekarangan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada hari kedua pembukaan permohonan i-SinarKWSPketika tinjauan fotoBernama di PejabatKWSPIpoh baru-baru ini.• Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah yang dimohon, mulai 26 Januari 2021.

Dalam kenyataan semalam, dana persaraan itu menyatakan bahawa pembayaran itu bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan ahli akibat peningkatan jumlah kes Covid-19 serta bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri.

Ini juga bagi membantu ahli memenuhi keperluan asas sementara menunggu kelulusan proses permohonan mereka oleh pihak KWSP.

“Bagi mempercepat dan mempermudah pembayaran wang interim tersebut, KWSP hanya memerlukan ahli membuat pengisytiharan kendiri serta memuat naik dokumen sokongan di laman i-Sinar Online iaitu isinar.kwsp.gov.my.

“Proses ini diperlukan untuk melindungi simpanan ahli daripada sebarang penipuan atau aktiviti scam,” katanya.

Menurut KWSP, pembayaran interim bagi mereka yang sudah memuat naik dokumen sokongan, akan bermula dari 26 Januari 2021 manakala pembayaran untuk permohonan baharu yang masih belum memuatnaik dokumen sokongan yang relevan akan diproses dalam masa tujuh hari dari tarikh permohonan diterima.

“Setelah permohonan ahli disahkan dan diluluskan, KWSP akan meneruskan pembayaran jumlah seperti dimohon, setelah ditolak jumlah pembayaran interim tersebut.

“Sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar atau tidak disokong oleh dokumen dimuat naik, KWSP berhak menghentikan pembayaran seterusnya,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: 15 bank tawar moratarium
Next: Udang kara air tawar dapat permintaan tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.