Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pembayar cukai diingatkan kemas kini CP500 sebelum 31 Oktober ini – LHDN
  • NASIONAL

Pembayar cukai diingatkan kemas kini CP500 sebelum 31 Oktober ini – LHDN

Utusan Sarawak 1 day ago
FOTO Bernama.

PUTRAJAYA: Pembayar cukai yang menerima Notis Bayaran Ansuran (CP500) bagi Tahun Taksiran (TT) 2025 diingatkan untuk, sekiranya perlu, mengemukakan permohonan pindaan amaun ansuran sebelum 31 Oktober ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bahawa pindaan perlu dibuat menggunakan Borang Permohonan Pindaan Bayaran Ansuran (CP502) yang boleh didapati di portal rasmi LHDN.

Borang CP502 yang lengkap diisi boleh dikemukakan kepada LHDN melalui serahan tangan, e-mel, pos atau secara dalam talian melalui Borang Maklum Balas Pelanggan.

“Pindaan amaun CP500 boleh dibuat berdasarkan anggaran pendapatan diperoleh dan cukai kena dibayar bagi TT 2025, sama ada untuk mengurangkan atau menambah jumlah ansuran yang perlu dibayar,” menurut kenyataan itu.

LHDN turut mengingatkan pembayar cukai untuk menyemak amaun ansuran yang dipinda bagi mengelakkan kesilapan atau dikenakan kenaikan sekiranya perbezaan antara cukai kena dibayar dengan anggaran cukai dipinda melebihi 30 peratus.

“Pembayaran ansuran mengikut jadual baharu yang telah diluluskan boleh dibuat menggunakan nombor bil ditetapkan,” menurut LHDN.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dijangka masuk zon merah esok
Next: Belanjawan 2026 diharap terus sokong penggiat seni tradisional

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.