Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 dikecualikan e-Invois buat masa ini – LHDN
  • SEMASA

Pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 dikecualikan e-Invois buat masa ini – LHDN

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM500,000 dikecualikan daripada pelaksanaan sistem e-Invois buat masa ini, demikian menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Dalam kenyataan hari ini, LHDN turut memaklumkan pelaksanaan e-Invois bagi pembayar cukai berpendapatan antara RM1 juta hingga RM5 juta ditangguhkan kepada 1 Jan 2026, manakala kumpulan berpendapatan sehingga RM1 juta akan bermula pada 1 Julai 2026.

Menurut LHDN, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil maklum komitmen pembayar cukai, khususnya peniaga kategori perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang memerlukan masa bersedia selain berdepan pelbagai cabaran pelaksanaan.

Selaras dengan keputusan itu, fasa ketiga pelaksanaan akan bermula 1 Julai ini, melibatkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM5 juta hingga RM25 juta.

Fasa keempat dan kelima masing-masing membabitkan pendapatan melebihi RM1 juta hingga RM5 juta (bermula 1 Jan 2026), serta sehingga RM1 juta (bermula 1 Julai 2026). 

Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diumumkan sebelum ini turut diguna pakai dalam fasa baharu ini, membolehkan pembayar cukai mengeluarkan e-Invois secara disatukan bagi semua transaksi termasuk bil kendiri.

Selain itu, sebarang maklumat boleh dimasukkan di medan “Keterangan Produk atau Perkhidmatan”.

“Penjual juga dibenarkan mengeluarkan e-Invois disatukan sekiranya terdapat permintaan daripada pembeli, tanpa perlu mengeluarkan invois berasingan bagi setiap transaksi,” jelas kenyataan itu.

LHDN turut memaklumkan bahawa tiada tindakan pendakwaan akan diambil mengikut Seksyen 120 Akta Cukai Pendapatan 1967 sepanjang tempoh kelonggaran dengan syarat pembayar cukai mematuhi keperluan e-Invois yang disatukan.

Bagaimanapun, bermula 1 Jan 2026, semua pembayar cukai yang terlibat wajib mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi melebihi RM10,000 dan tidak lagi dibenarkan menggunakan invois disatukan.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Meja Bantuan e-Invois LHDN di talian 03-8682 8000, melalui MyInvois Live Chat, e-mel ke myinvois@hasil.gov.my atau mengisi Borang Maklum Balas Pelanggan MyInvois di pautan https://feedback.myinvois.hasil.gov.my.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Salah faham punca penyaluran air di UMS tidak stabil
Next: Sarawak kongsi pelan hala tuju pembangunan tenaga bersih di EEC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.