Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembangunan tapak perkuburan Gereja SIB Kuala Setiam mula dilaksanakan
  • Utara
  • WILAYAH

Pembangunan tapak perkuburan Gereja SIB Kuala Setiam mula dilaksanakan

Utusan Sarawak 16 hours ago

JOHNNY Pang bersama pasukan khidmatnya, wakil JKR dan pihak gereja meninjau tapak tanah perkuburan SIB Kuala Setiam, baru-baru ini.

BINTULU: Tapak tanah perkuburan Gereja Evangelikal Borneo (SIB) di Kuala Setiam kini dalam fasa awal pembangunan melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan kerja meratakan tanah dijalankan sebagai langkah asas ke arah pembangunan jangka panjang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, berkata tapak tersebut terletak di kawasan berbukit dengan cerun curam yang menimbulkan risiko keselamatan serius yang perlu ditangani segera.

“Semasa lawatan tapak, saya mendapati terdapat jurang dalam yang berbahaya berhampiran kawasan perkuburan,” ujarnya.

Beliau menegaskan, “Ini merupakan risiko keselamatan serius. Saya telah mengarahkan agar pelan keselamatan dirangka segera dengan kerjasama pihak gereja dan Jabatan Kerja Raya (JKR).”

Johnny Pang menambah projek akan dilaksanakan secara berperingkat memandangkan pembangunan infrastruktur tanah perkuburan memerlukan kos tinggi serta perancangan teliti.

“Kerja asas seperti meratakan tanah dan mengenal pasti risiko mesti dilaksanakan dengan baik sebelum perancangan pembangunan seterusnya dibuat,” katanya.

Menurut beliau, keperluan tanah perkuburan baharu di kawasan pinggir bandar dan luar bandar semakin mendesak kerana kapasiti tanah perkuburan Kristian sedia ada di kawasan bandar hampir penuh.

“Saya akan terus berusaha mendapatkan peruntukan tambahan dan sokongan institusi bagi membantu pihak gereja merealisasikan projek ini,” tambahnya.

Beliau turut menegaskan, tanah perkuburan bukan sahaja memenuhi keperluan rohani masyarakat tetapi juga merupakan sebahagian daripada infrastruktur sosial penting.

“Kita perlu memastikan projek ini dilaksanakan secara selamat, terancang dan mengikut peraturan yang ditetapkan,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: IPD Lawas tekan kepentingan keselamatan, disiplin, kebersihan dalam tugas
Next: Laluan Tanjung Batu ditutup Sabtu ini, sempena Pagi Tanpa Kenderaan Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.