Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pembangunan Tapak Kaul Oya ditangguh susulan penemuan gas metana
  • TEMPATAN

Pembangunan Tapak Kaul Oya ditangguh susulan penemuan gas metana

Utusan Sarawak 6 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah ketika sidang media Sukan Para ASEAN di Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

PETRA JAYA: Kerja-kerja pembangunan Tapak Kaul Oya ditangguhkan sementara sebagai langkah berjaga-jaga susulan penemuan gas mudah terbakar jenis ‘methane’ atau metana semasa kerja-kerja siasatan tanah dijalankan di kawasan berkenaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, gas tersebut dikesan di salah satu daripada tiga lokasi siasatan tanah yang dijalankan bagi tujuan pembangunan Tapak Kaul Oya.

Menurut beliau, penemuan itu berlaku semasa proses siasatan tanah yang merupakan prosedur wajib sebelum sesuatu projek pembangunan dilaksanakan.

“Daripada tiga lokasi yang dibuat siasatan tanah, hanya satu tempat didapati mengeluarkan gas. Jadi buat masa ini, pembangunan di Tapak Kaul Oya kita tangguhkan dahulu sementara siasatan terperinci dijalankan oleh pihak pakar,” katanya ketika sidang media Sukan Para ASEAN di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, kawasan terlibat telah dipasang pita keselamatan oleh pihak polis bagi mengelakkan sebarang risiko kepada orang awam sehingga siasatan lengkap dijalankan oleh agensi berkaitan, termasuk Jabatan Mineral dan Geosains.

Beliau turut memaklumkan bahawa kejadian sama pernah berlaku di Simunjan pada 2023, apabila gas methane dikesan semasa kerja-kerja pembangunan perumahan dijalankan di kawasan tersebut.

“Dalam kes Simunjan, hasil siasatan mendapati gas metana terhasil daripada proses pereputan bahan organik di dalam tanah. Ketika itu, gas berkenaan menyebabkan kebakaran kecil yang berterusan sebelum berjaya dipadam sepenuhnya pada awal 2024,” katanya.

Sehubungan itu, pendekatan sama akan digunakan di Oya dengan memberi keutamaan kepada aspek keselamatan memandangkan gas methane bersifat mudah terbakar.

Sementara itu, hasil pemantauan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Zon Bintulu Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mendapati kehadiran gas metana di Tapak Kaul Oya berada pada tahap risiko tinggi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah, Nicholas Belulin berkata, bacaan gas diambil sebanyak tiga kali menggunakan peralatan pengesan empat jenis gas, dengan bacaan Had Letupan Rendah antara 90 hingga 100 peratus.

Operasi pemantauan yang dijalankan dari 10.30 pagi hingga 5.00 petang itu melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah Kecil Oya, Jabatan Alam Sekitar (JAS), syarikat siasatan tanah serta Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM).

Beliau menegaskan bahawa langkah penangguhan pembangunan dibuat bagi memastikan keselamatan orang awam sentiasa terjamin sementara siasatan lanjut dijalankan secara menyeluruh.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kesedaran jenayah komersil dipertingkatkan di Jabatan Pertanian Bau
Next: Siasatan kes dera Sibu perlu disegerakan, elak keadilan tertangguh – Fatimah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.