Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pembangunan sektor tenusu berasaskan kerbau buka peluang ekonomi baharu
  • SEMASA

Pembangunan sektor tenusu berasaskan kerbau buka peluang ekonomi baharu

Utusan Sarawak 7 hours ago
PANTAU LANGSUNG… Datuk Dr Abdul Rahman Ismail memantau dan memeriksa keadaan di Stesen Ternakan Kerbau Meragang untuk memastikannya selari dengan laporan diberikan pemaju.

LAWAS: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah komited membangunkan ekonomi baharu berasaskan kerbau.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail memberitahu usaha ini telah direalisasikan melalui projek pembangunan infrastruktur di Stesen Ternakan Kerbau Maragang GreenValley Dairy Sdn Bhd.

Jelas beliau, usaha berkenaan sejajar dengan agenda keterjaminan makanan negeri dan turut membuka peluang ekonomi baharu kepada komuniti setempat.

“Pembangunan infrastruktur ini membuktikan kesungguhan kerajaan Sarawak dalam memperkukuh industri makanan tempatan, khususnya sektor tenusu berasaskan kerbau yang berpotensi tinggi untuk dikembangkan secara komersial serta mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengetuai lawatan kerja ke Stesen Ternakan Kerbau Maragang GreenValley Dairy Sdn Bhd bagi meninjau kemajuan terkini pembangunan fasiliti, hari ini.

BINCANG DILAPANGAN… Datuk Dr Abdul Rahman Ismail kelihatan membincangkan sesuatu dengan Penolong Pegawai Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Lawas, Robine Asut di stesen pemberian makanan ternakan (feedlot) kerbau di Meragang. 

Tegas beliau, pendekatan bersepadu melibatkan aspek penternakan, pemprosesan dan kepakaran teknikal adalah penting bagi memastikan penghasilan produk berkualiti tinggi yang mampu menembusi pasaran lebih luas.

Beliau turun padang untuk melihat secara langsung pelaksanaan naik taraf infrastruktur utama yang menyokong projek pengeluaran keju berasaskan susu kerbau secara lebih sistematik dan moden di Lawas.

Setakat ini, stesen ternakan kerbau di Maragang mempunyai kemudahan stesen pemberian makanan ternakan (feedlot), kilang pembuatan keju serta gudang penyimpanan yang berfungsi sebagai komponen penting dalam rantaian pengeluaran produk tenusu kerbau.

Stesen ini dijangka akan mula mengeluarkan produk keju mozzarella sebaik semua mesin pemprosesan dipasang sepenuhnya oleh pihak pemaju.

Hadir sama ialah Penolong Pegawai Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Lawas, Robine Asut; Ketua Pegawai Eksekutif Maragang GreenValley Dairy Sdn Bhd, Dr Raja Imran Shah; Ketua Pegawai Operasi Maragang GreenValley Dairy Sdn Bhd, Suzie Balung dan tetamu kehormat lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Cuaca panas, kurang hujan di kebanyakan kawasan seluruh negara hingga 25 Januari depan
Next: Pengakap perkukuh peranan di Sabah, Sarawak melalui program berasaskan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.