Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembangunan infrastruktur luar bandar sokong sasaran pendapatan isi rumah Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Pembangunan infrastruktur luar bandar sokong sasaran pendapatan isi rumah Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
JOHN Sikie Tayai menghadiri majlis perasmian jalan depan Rumah Danggat Nuing di Sungai Kana, Anap, Tatau.

TATAU: Pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar terus diperkukuh bagi menyokong sasaran kerajaan Sarawak untuk meningkatkan pendapatan isi rumah setiap keluarga di negeri ini kepada RM15,000 sebulan menjelang tahun 2030.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, John Sikie Tayai berkata, usaha tersebut dilaksanakan menerusi pelbagai inisiatif pembangunan termasuk menaik taraf kemudahan jalan di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, pembangunan infrastruktur, ekonomi dan pendidikan merupakan antara fokus utama kerajaan negeri bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

JOHN Sikie Tayai menghadiri majlis perasmian jalan depan Rumah Danggat Nuing di Sungai Kana, Anap, Tatau.

“Melalui dua agensi utama iaitu Agensi Pembangunan Wilayah Mid Rajang (MiRRDA) dan Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Bintulu (BiRDCOM), pelbagai projek pembangunan akan terus dilaksanakan termasuk menaik taraf jalan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian jalan hadapan Rumah Panjang Rumah Danggat Nuing di Sungai Kana, Anap di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, aspek pembangunan ekonomi turut diberi perhatian melalui bantuan penanaman kelapa sawit, kopi serta projek penternakan khinzir di bawah inisiatif MiRRDA bagi meningkatkan sumber pendapatan penduduk luar bandar.

JOHN Sikie Tayai menghadiri majlis perasmian jalan depan Rumah Danggat Nuing di Sungai Kana, Anap, Tatau.

Dalam masa sama, kerajaan Sarawak juga memberi penekanan kepada sektor pendidikan melalui pelaksanaan inisiatif seperti Skim Pendidikan Tinggi Percuma serta yuran pendidikan percuma di empat universiti milik kerajaan Sarawak bagi memperluas peluang pendidikan tinggi kepada anak Sarawak.

Sementara itu, Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta menggesa pekebun kecil kelapa sawit di kawasan Parlimen Selangau agar memohon bantuan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melalui pejabat cawangan terdekat.

Menurut beliau, semakan yang dibuat mendapati setakat ini tiada permohonan diterima daripada penduduk di kawasan Parlimen Selangau berkaitan bantuan tanam semula atau input pertanian bagi tempoh 2024 hingga 2025.

“Antara bantuan yang disediakan termasuk Program Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS 2.0), Skim Diskaun Cantas (SKIDIC) serta Dana Insentif Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO),” katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong Bujang@Endawie; Pemanca Daerah Tatau, Gerosen Jubin serta penduduk rumah panjang sekitar kawasan berkenaan.

Program  turut diisi dengan taklimat daripada Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh serta taklimat keselamatan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Tatau bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai aspek pendidikan dan keselamatan kebakaran.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching, naik taraf saliran perlu dipercepat
Next: Hujan lebat sebabkan 38 mangsa dipindahkan ke PPS Kampung Sinar Budi Baru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.