Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembangunan infrastruktur di Sibu terus dipergiat
  • Tengah
  • WILAYAH

Pembangunan infrastruktur di Sibu terus dipergiat

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIANG…..Ketika ditemui pemberita pada pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Unicity Jalan Wawasan, hari ini.

SIBU: Usaha memperkasa pembangunan infrastruktur di Sibu terus dipergiatkan dengan pelaksanaan beberapa projek jalan raya dan penambahbaikan sistem aliran trafik yang bakal memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, pelaksanaan projek-projek tersebut selaras dengan usaha kerajaan Negeri untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030 menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Menurutnya, antara projek utama yang sedang dilaksanakan ialah pelebaran Jalan Ulu Sungai Merah yang dijangka siap sepenuhnya menjelang Mei ini.

“Dalam tempoh beberapa bulan lagi, kita akan mempunyai Jalan Ulu Sungai Merah dua lorong yang lengkap. Ini akan membantu melancarkan aliran trafik dan mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Unicity Jalan Wawasan, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu turut memaklumkan, kerja-kerja naik taraf Jalan Ling Kai Cheng telah dilaksanakan dan beberapa penambahbaikan tambahan akan diteruskan bagi meningkatkan keselamatan serta kelancaran trafik, khususnya melibatkan pelajar di SMK Bandar Sibu.

“Saya mengambil serius aspek keselamatan pelajar. Oleh itu, kita akan melihat penambahbaikan lanjut bagi memastikan laluan di kawasan sekolah lebih selamat dan teratur,” ujarnya.

Mengulas mengenai kawasan Sungai Merah, beliau berkata, pelan pengurusan trafik sedang dirangka, terutama membabitkan Jalan Teng Chin Hua susulan maklum balas yang diterima daripada pihak gereja dan sekolah di kawasan sekitar.

“Saya menerima maklum balas daripada pihak gereja St Teresa, gereja Hosanna serta SJKC Tiong Hin yang berharap agar aliran trafik di kawasan itu dapat disusun semula.

“Kita akan menambah baik persimpangan dan laluan masuk Jalan Teng Chin Hua bagi memastikan pergerakan kenderaan lebih lancar dan selamat. Projek ini tidak rumit dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh beberapa bulan,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa segala inisiatif pembangunan yang dilaksanakan bukan bermotifkan pilihan raya, sebaliknya merupakan kesinambungan usaha sejak awal beliau dipilih sebagai wakil rakyat.

“Saya tidak pernah berhenti bekerja sejak hari pertama diberi mandat. Lima tahun adalah tempoh yang singkat, sebab itu kita terus melaksanakan pelbagai perancangan untuk meningkatkan infrastruktur di Sibu, khususnya di kawasan Pelawan.

“Saya mahu melihat anak-anak Sibu yang pulang dari luar negara dapat merasakan perubahan dan berkata bahawa kampung halaman kita semakin baik dari tahun ke tahun. Itulah makna kita bergerak maju bersama,” katanya.

Beliau menggesa masyarakat agar terus memberikan pandangan, cadangan dan maklum balas bagi membantu merangka pelan pembangunan yang lebih menyeluruh demi kemajuan kawasan serta kesejahteraan penduduk setempat.

Turut hadir, ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek, Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) masyarakat Cina.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Lebih 2,000 pengunjung hadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Unicity, Jalan Wawasan
Next: JPJ Betong periksa 121 kenderaan dalam Ops Tahun Baharu Cina 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.