Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembangunan infrastruktur di Semop terus diperkasa secara berfasa
  • Tengah
  • WILAYAH

Pembangunan infrastruktur di Semop terus diperkasa secara berfasa

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK Abdullah Saidol bersama Ir Yusuf Abdul Wahab, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum serta Tuai-tuai Rumah pada Program Rumah Terbuka Gawai Dayak 2025 DUN Semop yang berlangsung di Dewan Masyarakat Sungai Kelai dan Rumah Wun, Berkakong, semalam. Foto UKAS

SEMOP: Meskipun proses pembangunan prasarana asas di kawasan luar bandar mengambil masa, pelaksanaannya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop dan Parlimen Tanjong Manis tetap diteruskan secara berfasa demi menjamin keselesaan dan kesejahteraan rakyat.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Datuk Abdullah Saidol, pembangunan melibatkan kemudahan seperti jalan raya, bekalan air bersih, elektrik dan telekomunikasi adalah satu tanggungjawab besar kerajaan, malah boleh dianggap sebagai satu bentuk jihad untuk rakyat.

“Meskipun proses pembangunan ini tidak berlaku sekelip mata, ia tetap dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama padu antara pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi,” katanya ketika berucap pada Program Rumah Terbuka Gawai Dayak 2025 DUN Semop yang berlangsung di Dewan Masyarakat Sungai Kelai dan Rumah Wun, Berkakong, semalam.

Tambahnya, sebagai wakil rakyat, keadilan dalam pengagihan peruntukan harus menjadi keutamaan tanpa mengira kaum, agama mahupun lokasi.

“Yang penting adalah usaha yang berterusan. Hari ini, kita lihat buktinya menerusi perasmian Dewan Masyarakat baharu di Sungai Kelai oleh Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak 300 rumah di RGC Semop dijangka akan mula diduduki mulai tahun depan.

Keadaan ini, katanya, akan menyumbang kepada pertambahan jumlah kenderaan dan kemungkinan kesesakan lalu lintas di kawasan seperti Sungai Kelai, Kampung Sedi dan Sebako.

Bagi mengatasi masalah ini, ujarnya, satu jalan alternatif sedang dirancang bagi menghubungkan kawasan-kawasan berkenaan tanpa perlu melalui laluan utama RGC.

Selain itu, jelasnya, beberapa projek pembangunan lain yang dirancang secara berfasa termasuk pembinaan Dewan Masyarakat bernilai RM8.6 juta, pembinaan pasar tani dan medan selera RM6.5 juta, perancangan pembinaan balai polis, dan pembukaan klinik kesihatan baharu.

Program anjuran Pusat Khidmat Semop itu dihadiri lebih 300 penduduk tempatan dan turut disertai oleh Ahli Parlimen Tanjong Manis merangkap Pengerusi CIDB Malaysia, Ir Yusuf Abdul Wahab.

Turut hadir Ketua-ketua Masyarakat dan Kaum, Tuai-tuai Rumah serta penduduk setempat.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kebocoran paip berulang jejas bekalan air di Tanjong Batu
Next: Kecekapan dipertingkat menerusi latihan kawad mahir peralatan kebombaan ‘Air Lifting Bag’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.