Pembangunan hanya dapat dilaksanakan apabila kerajaan dan rakyat bergerak bersama – Gerawat Gala

Facebook
WhatsApp
DATUK Gerawat Gala berucap di Majlis Pelancaran Projek Pembamnguan di Mulu

MULU, 17 November: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Kemudahan Awam di Pusat Pentadbiran Bersepadu di Mulu semalam.

Menerusi perkongsian dalam aplikasi WhatsApp Gerawat berkata projek ini telah mendapat kelulusan Premier Sarawak pada November 2021.

Katanya walaupun projek ini mengambil masa berikutan proses kelulusan tapak, perancangan teknikal, penyelarasan agensi serta cabaran logistik di kawasan pedalaman, akhirnya projek tersebut kini memasuki fasa pelaksanaan.

GERAWAT Gala bergambar kenangan selepas upacara pelancaran projek

Menurut beliau fasa pertama melibatkan pembinaan Medan Selera, Pusat Seni, kerja-kerja menaik taraf jalan masuk dan penimbusan tapak dengan tempoh pelaksanaan dijangka selama 24 bulan.

Tegas beliau keseluruhan kos Pembangunan dianggarkan melebihi RM40 juta termasuk pembinaan jalan akses sepanjang kira-kira 29 kilomter dari Long Terawan ke tapak projek.

Sehubungan itu menurut beliau projek ini bukan sekadar pembinaan kemudahan awam tetapi merupakan permulaan kepada pembangunan sebuah landskap kawasan ini sertaa membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada masyarakat tempatan.

Dengan pembangunan jalan raya Miri-Marudi- Mulu -Long Lama (MMMLL) dan jaringan SSLR2, Mulu mempunyai potensi besar untuk menerima lebih ramai pelancongan.

Katanya kemudahan Medan Selera  dan Pusat Seni  kelak akan menjadi platform untuk penduduk tempatan memasarkan produk, kraftangan, makanan serta memperkenalkan warisan kebudayaan mesyarakat tempatan.

Dalam pada itu belieu turut memberitahu bahawa fasa kedua dan ketiga pula dirancang merangkumi Kompleks Pejabat Kerajaan, kediaman kakitangan kerajaan, Dewan Suarah dan Kompleks Sukan Mini.

Selain  itu ujarnya projek  menaik taraf landasan kapal terbang Mulu yang dianggarkan bernilai RM40 juta juga dijangka dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Melinau dan Kampung Batu Bungan atas kerjasama serta sokongan dalam memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

Katanya isu berkaitan tuntutan juga sedang melalui proses penelitian dan tindakan lanjut oleh Jabatan Tanah damn Survei termasuk pertimbangan bayaran sagu hati tertakluk kepada penilaian pihak berkenaan.

Dalam masa yang sama beliau akan terus berusaha  untuk mendapatkan peruntukan baharu bagi merealisasikan keperluan bekalan air bersih untuk Kampung Melinau dan Kampung Batu Bungan demi kejahteraan penduduk.

Beliau percaya pembangunan hanya dapat dilaksanakan dengan jayanya apabila kerajaan dan masyarakat bergerak bersama.

Tegasnya kerjasama, persegfahaman dan keharmonian merupakan asas peenting untuk memastikan setiap perancangan dapat ditejemahkan kepada manfaat sebenar kepada rakyat. 

Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 beliau mengesa masyarakat agar terus memberikan sokongan kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi memastikan kersinambungan pembanhunan Sarawak.

Oleh Jiku Juguong