Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ​Pembangunan DUN Kalaka, Krian diperkasa menerusi pemantauan rapi DAC Saratok
  • Selatan
  • WILAYAH

​Pembangunan DUN Kalaka, Krian diperkasa menerusi pemantauan rapi DAC Saratok

Utusan Sarawak 2 days ago
MESYUARAT DAC Daerah Saratok yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid di Pejabat Daerah Saratok, semalam. Foto: ADUN Kalaka

​SARATOK: Kelancaran projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka dan DUN Krian terus menjadi agenda utama bagi memastikan kemudahan asas terbaik dapat dinikmati oleh rakyat di Daerah Saratok.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menegaskan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (DAC) yang diadakan semalam merupakan platform kritikal bagi mengenal pasti sebarang isu pelaksanaan projek agar ia dapat disiapkan mengikut garis masa yang ditetapkan.

MESYUARAT DAC Daerah Saratok yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid di Pejabat Daerah Saratok, semalam. Foto: ADUN Kalaka

​”Mesyuarat yang berlangsung selama empat jam ini sangat penting bagi mengenal pasti masalah pelaksanaan projek yang akan dan sedang dilaksanakan. 

“Kita mahu ia disiapkan mengikut spesifikasi dan berkualiti demi memberikan kemudahan asas yang memuaskan kepada rakyat,” katanya.

​Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat DAC Daerah Saratok yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid di Pejabat Daerah Saratok.

MESYUARAT DAC Daerah Saratok yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid di Pejabat Daerah Saratok, semalam. Foto: ADUN Kalaka

​Mesyuarat tersebut melibatkan pembentangan laporan daripada pelbagai agensi pelaksana termasuk Pejabat Daerah Saratok, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Saratok, Majlis Daerah Saratok, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong, Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO), serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

​Antara fokus utama perbincangan termasuklah penyediaan spesifikasi dan Dokumen Senarai Kuantiti (BQ) bagi projek banjir kilat di bawah seliaan Majlis Daerah Saratok dan JPS Betong.

Selain itu, laporan perkembangan kontraktor bagi projek Jalan Utama Kedua Simpang Roban serta status pelaksanaan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) menerusi inisiatif ALAF oleh Sarawak Energy serta laporan daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

Mohamad Duri turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam usaha bersama membangunkan Daerah Saratok menerusi koordinasi yang mantap.

​Sementara itu, ADUN Krian, Friday Belik menyifatkan mesyuarat berkenaan sebagai wadah terbaik untuk wakil rakyat mendapatkan maklumat terus daripada pegawai di peringkat akar umbi.

​”Forum ini membolehkan kita berbincang mengenai apa jua isu secara lebih holistik dan berkesan. 

“Kerjasama erat antara agensi amat dihargai dalam memastikan setiap perancangan pembangunan memberi impak positif kepada semua lapisan masyarakat,” tambah beliau.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JASS bantu ringankan kos sara hidup, perkasa petani tempatan di Kabong
Next: Balai Polis Engkilili perkasa hubungan komuniti melalui Program ‘Talk To Us’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.