Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pembangunan di Tanjong Datu dipergiat
  • TEMPATAN

Pembangunan di Tanjong Datu dipergiat

Utusan Sarawak 5 years ago
JAMILAH mendengar penerangan daripada salah seorang wakil agensi mengenai pembangunan projek yang akan dilaksanakan.

LUNDU: Pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu terus dipergiatkan dengan lebih banyak projek melibatkan Projek Rakyat 2019 di samping melakukan lawatan kerja di lapangan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu.

Menurut Jamilah, antara projek yang mendapat perhatian serius daripada ADUN ialah projek Tanah Runtuh (Slope Failure) Kampung Sileng Melayu Lundu yang berjumlah RM2 juta melalui Agensi Pelaksana Jabatan Pengairan dan Saliran (DID).

“Begitu juga projek Membina Dewan Tanah Hitam dengan kos RM1. 7 juta di bawah Agensi Pelaksana Majlis Daerah Lundu yang masih dalam proses reka bentuk,” katanya.

Beliau turut memberitahu Baik pulih Rumah Rehat Tetamu Kehormat (VVIP) Sematan yang berjumlah RM400,000 di bawah Agensi Pelaksana Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah dalam pembinaan dan dijangka siap dalam masa terdekat.

“Ini dilaksanakan selaras dengan dasar Kerajaan Sarawak yang memberi fokus untuk pembangunan dan infrastruktur di kawasan luar bandar,” ujarnya.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: 30,000 penduduk terima khidmat Bomba Selangau
Next: Pemandu selamat, lori terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.